4 Tips Nak Buat Untung Kaw-kaw Di Mood Republik (MR)
Tips ni saya pernah share dengan beberapa rakan ETB masa memilo.
Ini hasil dapatan dari pengalaman saya join MR tahun lepas dan rakan-rakan yang pernah join,yang masih folo tour dan yang dah stop join MR.
MR 2016 banyak berubah gameplan berbanding tahun sebelum-sebelumnya.
Memang benar apa ditulis SN yang MR menarik visitor ‘pasar malam’ & tempat buat ‘clearance’.
Itu jenis audience yang hadir MR jadi kalau nak untung kawkaw fikirkan apa barang,price point dan marketing strategi yang nak digunapakai.
1-MAIN GAME VOLUME
Pengunjung yang datang ramai tetapi kuasa beli rendah.Turunkan harga jual dan fokus kepada sales kuantiti.
Game margin kapak dengan acah-acah barang kualiti branded item pavilion tak sesuai di MR.
2-BELI BAJU READYMADE
Fokus anda di MR nak buat untung.Bukan nak buat branding.
Baju brand yang kita design dan jahit di Malaysia kos tinggi menyebabkan harga yang kita terpaksa tawarkan tak menarik untuk majoriti audience MR.
Dapatkan readystock dari pemborong KL yang harga jualnya rendah. Contohnya jual kurta rm70 & baju melayu/jubah rm120.
Mudah-mudah boleh jual 1500pcs keatas untuk 3 hari. Darab dengan margin kasar rm30.Ok la untung camtu untuk 3 hari kan?
3-JUAL SELAIN BAJU
Sekali lagi saya nyatakan anda buka booth di MR bukan untuk branding tapi nak buat untung. Di KWC & GM Klang banyak item selain pakaian untuk didagangkan. Contohnya jual handbag dan kasut perempuan mura-mura. Longgokkan betul-betul macam stail pasar malam dan nantikan booth anda kena kerumun macam wrestle mania.
Best kan?
4-BUY 1 FREE 3
Ini teknik yang audience MR paling cepat cair iaitu korang bagi freegift banyak-banyak. Cari freegift yang harganya rm1/item.Contohnya minyak wangi.
Cari di tempat pemborong.Mydin pun banyak yang nais-nais. So bagi freegift 3 item baru kos rm3.Gerenti kastemer hepi giler dan rasa beronok-ronok.
Cukup 4 tips ni korang buat InsyaAllah berkesan.
Baju branding harga & kualiti premium better korang jual di butik atau online lagi baik.
Sekian cadangan dari saya.Harap maklong.