Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Diugut “Polis” Melalui Telefon

Sumber Rujukan : Fazimah Md Bazid

Penipuan sindiket melalui telefon semakin menjadi-jadi di Malaysia. Terdapat pelbagai modus operandi bagi menipu orang awam telah dilakukan. Ikuti perkongsian Puan Fazimah Md Bazid mengenai sindiket yang menyamar sebagai polis bagi memperdayakan bakal mangsa.

Bismillahirrahmannirrahim & Assalamualaikum W.B.T.

Ini cerita pagi ini saya nak berkongsi dengan semua ahli keluarga, saudara mara & sahabat-sahabat di Facebook.

Saya menerima panggilan daripada 04-7742022, sebuah panggilan dari pihak Kastam di Kedah. Pegawai tersebut bernama Mohd Riduan bin Samsul WK04. No ruj kes UKKK786/12/2017. Saya dimaklumkan bahawa notis amaran terakhir telah dikeluarkan pada hari ini berkenaan GST sebanyak RM16,000.00 yang masih tertunggak akibat daripada rampasan telefon bimbit Samsung sebanyak 103 unit yg dirampas pada 27.4.2017 di Kastam checkpoint Bukit Kayu Hitam. Pihak Kastam telah membacakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pelaku dan ia sama dengan nama penuh dan IC saya. Saya menafikan sekeras-kerasnya dan mereka melanjutkan perkara ini ke pihak IPK Kedah.

Talian itu disambungkan terus ke IPK Kedah dan saya ditemubual oleh Sarjan Hamizi bin Ismail. Saya ada juga meminta nombor badan Sarjan tersebut tetapi katanya ianya adalah rahsia. Selepas disoal siasat dan saya masih menafikan dan mereka meminta saya hadir ke IPK Kedah. Akibat jarak balai terlalu jauh kerana saya di Selangor, mereka memberi option kepada saya utk membela diri dengan membuat laporan secara dalam talian dan dirakam. Saya bersetuju dan dalam masa yang sama saya ada terfikir untuk rekod dari handphone saya tetapi saya tidak melakukan mungkin kerana perasaan yang gelisah ketika itu.

Sarjan tersebut memulakan rakaman dan meminta supaya tiada orang ketiga ketika rakaman dilakukan. Beberapa soalan diajukan kepada saya dan setelah itu sarjan tersebut menyerahkan kes kepada sarjan Mohd Taufiq untuk tindakan selanjutnya. Kemudian Sarjan Taufiq meminta saya menunggu di talian kerana ingin membuat semakan di bahagian IT untuk menyemak jika saya pernah terbabit dalam mana-mana kes jenayah. Saya mendengar perbualan sarjan tersebut melalui walkie talkie (keadaan sangat real ketika itu dengan cara dan perbualan mereka) dan pihak IT tersebut menyatakan bahawa nama saya tersenarai dalam kes syabu seberat 16kg dan waran tangkap sudah pun dikeluarkan untuk menangkap saya. Ketika itu luluh rasa jantung dan macam-macam bermain dalam fikiran walaupun saya tahu saya tak melakukan jenayah ini.

Sarjan Taufiq meninggikan suaranya kepada saya untuk saya mengaku kerana di dalam kertas siasatan saya ada wanita yang telah menjual account CIMB saya kepada Pengurus CIMB Kedah yang bernama Roslan bin Johari yang telah ditahan 5 hari lalu dan saya diberi ganjaran sebanyak RM200k yang telah pun dibank in ke akaun saya. Saya menafikan tiada perkara begini berlaku dan saya minta utk membuat laporan polis ke balai berdekatan. Sarjan melarang keras saya ke mana-mana balai kerana katanya saya akan direman kerana tidak memberi kerjasama kepada pihak polis. Ketika itu saya seperti tiada pilihan dan sarjan seperti memaksa say amengaku perkara yang saya tidak buat. Katanya lagi dia boleh membantu saya asalkan saya tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapun termasuk suami. Saya cuba berdolak dalih dan sarjan seperti tidak berpuas hati kerana katanya saya cuba drag kan perkara ini terlalu lama. Bayangkan panggilan diterima dari jam 9.00pagi dan sehingga jam 10.45pagi masih tiada keputusan.

Saya risau dan rasa agak gementar ketika itu dan saya menangis. Sarjan itu meminta saya bertenang dan katanya saya ada 2 pilihan untuk selesaikan masalah ini.
1. Reman 45 hari. Jika tidak bersalah, akan dilepaskan.
2. Membayar wang jaminan sebanyak 5 ribu dan jika tidak bersalah wang tersebut akqn dikembalikan dalam masa 24 jam.
Saya memberitahu sarjan yang saya tiada duit namun dia suruh saya dapatkan juga. Dari situ (ALLAH membantu saya) saya seperti rasa pelik dan tersedar bahawa perkara ini seperti scam. Saya mula mempertikaikan caranya tapi saya ditengking kerana cuba mengganggu proses pihak polis. Dalam saya menangis saya melawan dan mempertikan bahawa pihak polis tidak berhak utk menengking dan meninggikan suara. Saya menegaskan bahawa saya tidak boleh menerima cara begini dan saya perlu ada di balai polis utk membela diri saya.

Sarjan cuba memujuk saya dan sekali lagi meminta saya bank in duit jaminan itu dan akan memberi saya nombor akaun personal auditor di Mahkamah. Sekali lagi saya pertikaikan. Kenapa personal account? Saya minta untuk membuat bayaran di mana-mana mahkmah dan dia masih tidak berpuas hati. Saya menangis lagi dan saya tekankan bahawa saya ingin ke balai polis sekarang dan dengan nada yang tinggi, dia minta saya jangan matikan talian dan menyediakan 2 pasang baju kerana setibanya di balai polis, dia akan meminta pihak balai untuk menahan saya.

Tanpa kata apa-apa, saya tinggalkan handphone di meja office dan keluar meminjam handphone staff saya untuk saya call suami. Masa tu airmata ni dah tidak boleh nak bendung lagi dah dan husband meminta saya bertenang sementara dia semak dengan kawan (Polis). Saya ke bilik semula dan melihat talian sudah pun terputus selepas 2 jam lebih disoal siasat. Saya membaca di ruangan Whatssap dan ternampk satu nombor handphone 013-9668481 telah menghantar satu surat dari Mahkamah Persekutuan untuk membuat tangkapan terhadap saya. Selepas menunjukkan surat kepada husband, saya dinasihatkan untuk membuat laporan polis dan kes ini dianggap scammer/sindiket.

 

Untuk makluman semua, cara-cara yang mereka gunakan sangat real. Dari panggilan telefon, cara siasatan dan ketegasan mereka. Maybe kerana saya tidak berapa tahu cara-cara anggota kita membuat siasatan, so perkara sebegini sedikit sebanyak mempengaruhi dan mudah dipercayai. Saya berharap perkara begini dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa dan tidak berlaku kepada sesiapa. Semoga kita dilindungi Allah SWT dan dijauhi daripada perkara-perkara begini. Alahai, susah hati sungguh saya.

Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat