Juling : Punca Dan Solusi – Daily Rakyat

Juling : Punca Dan Solusi


Juling adalah antara masalah mata yang kerap berlaku, terutamanya pada kanak-kanak. Walaupun ada yang menganggap juling ini perkara biasa tapi hakikatnya ia boleh menjejaskan penglihatan. Jika dibiarkan masalah ini boleh bertambah teruk apabila meningkat dewasa.

Juling adalah keadaan dimana kedua-dua belah mata tidak sejajar dan melihat ke titik arah yang berbeza. Mata juling atau dikenali juga sebagai Strabismus ini terjadi akibat kontrol otot mata yang tidak berfungsi dengan baik. . Pada kondisi ini, mata sebelah kiri mungkin melihat ke arah depan manakala mata sebelah kanan mungkin melihat ke atas, bawah atau samping. Sehingga mata tidak mampu fokus untuk melihat objek yang sama.

Punca Mata Juling

Sebagaimana yang kita tahu punca mata juling disebab oleh pergerakan otot mata yang tidak berfungsi dengan baik. Tetapi terdapat juga beberapa kondisi kesihatan yang berpotensi menyebabkan mata fokus ke 2 arah yang berbeza. Setiap mata mempunyai 6 otot yang berbeza. Otot – otot ini bekerja secara bersamaan dalam menggerakkan mata. Ia adalah untuk membantu kedua-dua belah mata untuk fokus pada objek secara bersamaan.

Pada mata yang juling, otot-otot tersebut tidak mampu bekerja bersamaan. Hasilnya, salah satu mata melihat ke arah objek, manakala salah satu mata lgi melihat ke arah lain. Apabila hal ini terjadi, 2 gambar berbeza dikirim ke otak 1 dari setiap mata. Keadaan ini membingungkan otak. Namun untuk anak-anak, otak mungkin akan mengabaikan gambar yang ditangkap oleh mata yang lebih lemah.

Apabila kedaan ini tidak diatasi, mata yang diabaikan oleh otak mungkin tidak dapat melihat dengan baik. Kehilangan pandangan ini disebut ambliopia atau “mata malas”. Kadang ambliopia terjadi terlebih dulu, kemudian menyebabkan strabismus. Kebanyakan keadaan  ini terjadi pada kanak-kanak. Dalam kebanyakkan kes masalah ini berlaku saat atau setelah kelahiran. Sering kali, gangguan ini berkait dengan kendali otot, bukan akibat kekuatan otot.  Selain itu, strabismus yang baru muncul pada usia dewasa boleh jadi disebabkan oleh kelainan fizikal seperti cedera mata, cerebral palsy, atau stroke.

Gejala Mata Juling

Berikut merupakan antara gejala yang dialami oleh seseorang :

  • Mata tidak sejajar
  • Kedua-dua belah mata tidak bergerak secara bersamaan
  • Rasa tegang pada mata
  • Sakit kepala
  • Kabur
  • Sering berkedip atau menyepitkan mata, terutama di bawah sinar matahari

Jenis – Jenis Strabismus

Accommodative Esotropia

  • Jenis ini merupakan yang paling sering ditemukan. Terutamanya pada kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Keadaan ini biasanya terjadi pada orang-orang yang menderita hypermetropia atau rabun dekat. Fokus mata berhubungan dengan ke arah mana mata melihat. Maka dari itu, mata memerlukan usaha lebih untuk fokus pada objek atau benda di sekitarnya. Akibatnya, posisi salah satu mata bergerak ke arah dalam.

Intermittent exotropia

  • Jenis ini pula adalah dimana kedua-dua belah mata tidak dapat bergerak secara bersamaan. Salah satu mata akan fokus pada objek atau pada arah tertentu. Sedangkan mata lainnya fokus ke arah lain. Akibatnya, salah satu mata bergerak ke arah luar mata.

 

Solusi Untuk Strabismus

juling

Diagnosis

Doktor atau pakar akan melakukan pemeriksaan terhadap mata antaranya :

  • Uji refleks cahaya korneo
  • Uji retina untuk memeriksa keadaan bahagian belakang mata
  • Pemeriksaan visus mata untuk mengetahui ketajaman dan kejernihan penglihatan
  • Uji mata tertutup dan terbuka untuk mengukur pergerakan dan kelainan pada mata.

Jika mata juling disertai dengan gejala lainnya, maka doktor akan memeriksa otak dan sistem saraf untuk memeriksa kemungkinan berlaku keadaan lain. Bayi yang baru lahir kemungkinan akan memiliki mata juling, tetapi jika keadaan mata juling lebih 3 bulan dari usia bayi maka segera berjumpa doktor.

Perubatan Untuk Strabismus

Antara jenis-jenis perubatan yang dilakukan untuk mata juling :

  • Penutup mata – Jika terjadi “mata malas”, doktor akan menyarankan kita menggunakan penutup mata untuk menutupi mata yang sehat. Hal ini dilakukan untuk mendorong otot bebola mata yang lemah bekerja lebih keras.
  • Kacamata – Kacamata membantu mengubati mata juling yang disebabkan gangguan penglihatan pada mata, seperti rabun jauh.
  • Ubat titis mata – Obat titis mata diberikan untuk mengaburkan penglihatan mata yang lebih kuat untuk sementara, sehingga kedua mata memiliki fokus yang sama.
  • Latihan mata – Dilakukan dengan memberikan latihan khusus terhadap otot-otot yang mengendalikan pergerakan mata.
  • Suntik botox ke otot mata yang sihat – Dilakukan untuk melemahkan otot mata yang lebih kuat, sehingga melatih otot mata yang lemah. Namun, efek botox biasanya hanya berkesan kurang dari 3 bulan.
  • Pembedahan – Prosedur ini dilakukan untuk melonggarkan otot-otot yang mengendalikan pergerakan mata. Terkadang, operasi tambahan diperlukan untuk membolehkan mata diselaraskan sepenuhnya.
Mata juling secara umumnya tidak dapat dicegah. Namun, pencegahan terhadap komplikasi mata juling dapat dilakukan dengan diagnosis dan perubatan secara tepat. Bayi yang baru lahir juga harus selalu dipantau kesihatan matanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat