Tanda-tanda awal anda mengalami kemurungan. Anda nak tahu tentang penyakit kemurungan ini? Baca entri sampai habis!


Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan seorang individu. Baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas semua tidak terkecuali dari peyakit ini. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus cinta atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira.

Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi impak yang buruk kepada individu. Ia bukan sahaja terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Mendapatkan Rawatan perubatan, bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.

Antara Tanda-Tanda Kemurungan Adalah:

  1.  Kesedihan, pilu, sepi (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan.
  2. Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan daripada biasa ( tapi tanpa kenikmatan).
  3. Rasa hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan pada diri.
  4. Give up “Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati” (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri.
  5. Rasa tidak tenteram dan mudah marah.

Antara Tips Mengatasi Kemurungan:

  1. Praktikkan Minda Melupakan Kenangan Pahit

    Melatih minda melupakan kenangan pahit. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam pernah di lalui. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus pada kesihatan diri, fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori yang pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat. Proses ini mengambil masa, tapi dengan adanya disiplin diri ia boleh dipercepatkan.

  2. Hindari Perasaan Risau Yang Melampau

    Kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia mengundang masalah dan musibah, dan yang kedua memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuatkan anda menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang teramat sangat.

  3. Senyum, Ketawa Dan Terus Ketawa

    Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda ceria. Tontonlah video atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Bila anda ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

  4. Belajar Erti Bersyukur

    Bersyukur ke atas kesemua yang ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur. Bersyukurlah dengan seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas yang mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

  5. Cuba Jadi Seorang Pemaaf

    Seorang yang pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan memberi ketenangan  pada diri anda.

Kesimpulan

Bagi pesakit yang mengalami kemurungan, meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik untuk melegakan perasaan. Apa yang diperlukan bukan sahaja berdialog dengan orang yang sesuai atau juga dengan orang tersayang seperti kawan karib. Hakikatnya, komunikasi adalah satu bentuk terapi yang penting.

Statistik kemurungan global memperlihatkan satu keadaan yang kian membimbangkan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.Malah, kadar kelaziman penyakit ini juga didapati lebih ketara berbanding hipertensi (tekanan darah tinggi), mahupun diabetes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat