Nak Tahu Bagaimana Cara untuk Menikmati Semua Hidangan Kegemaran Tanpa Rasa Takut Kesihatan Terjejas??

Sumber Rujukan : Blog/ SAYS

Semua orang inginkan Menikmati Semua Hidangan Kegemaran Tanpa Rasa Takut. Tambahan pula hidup di Malaysia ni ibarat syurga makanan. Macam-macam jenis makanan ada, dari makanan barat, makanan utara, makanan timur dan makanan selatan pun ada.

Boleh dikatakan memang tak terkira lah. Lebih menariknya, kebanyakan menu boleh dimakan oleh pelbagai kaum. Antara yang popular ialah Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar dan macam-macam lagi. Tapi tu lah kan, kadang-kadang kita haruslah risau tentang kesihatan diri kita. Tak semua yang kita makan adalah baik untuk diri kita. Kadang-kadang teringin nak makan tanpa risaukan kesihatan badan kita.

 

 

Tips untuk Menikmati Semua Hidangan Kegemaran Tanpa Rasa Takut

1. Banyakkan Memasak Di Rumah Berbanding Makan Di Luar

  • Tiada dah alasan tak pandai masak. Sekarang ni bukannya susah untuk belajar memasak kerana kita boleh belajar dalam internet je memasak ni. Macam-macam resepi yang ada.
  • Dengan itu kita tak perlu lah bimbang lagi. Hal ini kerana kita mampu mengawal setiap kandungan bahan yang digunakan untuk memasak terutamanya garam. Kita juga boleh menambahbaikkan resepi yang sudah disediakan dengan menambahkan bahan-bahan yang lebih berkhasiat.

2. Kurangkan Pengambilan Kuantiti Daripada yang Biasa.

  • Saya akui bahawa pengambilan nasi sangat penting. Nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang merupakan salah satu sumber tenaga untuk kita seharian. Namun kita boleh mengurangkan kuantiti nasi yang diambil dan melebihkan makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau lauk-pauk.
  • Kuantiti yang paling ideal untuk pengambilan nasi adalah segenggam untuk setiap satu hidangan.

3. Minum lebih banyak teh hijau untuk membantu membersihkan sistem dengan kandungan flavonoid dan antioksidan

  • Setelah seharian anda mengambil semua jenis makanan, inilah masanya untuk anda ‘bersihkan’ kembali perut dengan pengambilan secawan minuman teh hijau.
  • Teh hijau adalah salah satu minuman sihat dan sesuai untuk semua. Ia mempunyai sejumlah besar antioksidan semulajadi yang dipanggil catechin yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dan juga menaikkan kadar pembakaran lemak dalam badan seseorang.
  • Minum secawan atau dua teh hijau sejam sebelum makan, supaya badan anda dapat mencerna makanan dengan lebih baik, menghilangkan toksin dan radikal bebas dengan lebih cekap.

4. Melakukan Senaman Kardio

  • Senaman kardio adalah salah satu senaman untuk memperbaiki daya ketahanan stamina seseorang individu dan membina kembali stamina. Ramai yang tersalah mengungkapkan senaman kardio dengan mengatakan perlu berlari. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk senaman ini contohnya berbasikal dan berenang.
  • Senaman ini boleh anda lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selain dapat membakar lemak dengan lebih pantas, senaman ini juga dapat menonjolkan lagi otot-otot anda.

5. Makan Secara Bersederhana

  • Bila cakap pasal buffet iaitu makanan yang mempunyai lebih dari 10 jenis pilihan untuk dijamah, nafsu makan memang akan naik mendadak bila nampak makanan yang sedap terhidang. Bukan setakat buffet  je, kalau pergi kenduri, macam-macam lauk ada.
  • Oleh itu, makanlah secara sederhana. Ini akan membendung tabiat makan berlebihan dan juga membantu anda mengekalkan diet dalam jangka panjang tanpa ada rasa patah semangat. Ambillah makanan yang kita gemari sahaja. Jangan ambil secara berlebihan supaay dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya pembaziran.

 

Sebenarnya tidaklah susah untuk kita kekalkan bentuk badan yang ideal tanpa perlu “mengongkong” diri kita dari makanan yang kita gemari. Namun kita haruslah mengambil secara ideal, rajin recover dari makan banyak dengan cara kita melakukan senaman dan macam-macam lagi cara. Terdapat 1001 cara untuk kekalkan badan yang ideal. Usaha dan kesabaran perlu lah kena kuat ye semua. Semoga tips yang dikongsikan dapat meningkatkan keyakinan diri anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat