Luahan Netizen Terhadap 'Rape Joke' – Daily Rakyat

Luahan Netizen Terhadap ‘Rape Joke’


Aku bukak page Amran Fans tengok dia ada buat rape joke. Hantar gambar cangkul dekat pompuan di WeChat. Ini contoh mentaliti dunia kelas ketiga. Make fun of everything. Kesannya bahaya memandangkan page Amran Fans digemari ramai pelajar sekolah.

Jenayah rogol bukan boleh dibuat jenaka. Serangan seksual ialah perkara serius. Menjadikan rogol sebagai jenaka hanya akan mengurangkan rasa simpati masyarakat kepada mangsa rogol. Aku tak terkejut bila lepas ni orang constantly victim blaming atau memberi reaksi “alahhh rogol jeeee. Bukan mati pun.” Atau paling koman bagi reaksi “siapa suruh seksi. Kan dah kena rogol.” Semuanya gara-gara tidak menjadikan jenayah rogol sebagai isu serius.

 

13239157_1698267380413507_487325628626924302_n

Aku tak suka perangai sombong perempuan tapi rogol bukanlah cara untuk justify balasan perbuatan sombong mereka. Be more than just a man. Kalau orang tak suka, be better, do better, and put more efforts. Penolakan bukanlah provokasi bila melibatkan cinta. Tiada satu pun alasan yang solid di dunia ini untuk membenarkan jenayah rogol.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Dan sebagai guru, aku mampu ajar remaja lelaki agar menghormati perempuan dan ajar remaja perempuan agar lebih terer membaca tipu daya lelaki. Tapi audience aku kecil saja. Sekadar beberapa ratus orang. Page yang beratus ribu likerzzz seperti Amran Fans sebagai anggota masyarakat yang patut buat community service meningkatkan kesedaran. Bukannya mengundur ke belakang dengan menjadikan wanita sebagai objek.

13239046_1698267410413504_3802966546199248012_n

Apa pun, regarding kes cangkul di Indonesia tempoh hari, aku kesian jugak. Aku bukan jenis suka balas violence dengan violence tapi tengokkan berita tu, most part of me harap sangat penjenayah tu semua dapat ke tangan orang ramai.

Akhir kata, jagalah keluarga masing-masing. Ajarkan kepada anak-anak lelaki agar menjadi gentleman. Ajarkan kepada anak-anak perempuan agar berhemah dalam penolakan.

‪#‎RapeIsNoJoke‬

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat