5 Iktibar Yang Kita Boleh Ambil Dari Kisah Pemergian Adik Rayan


Kisah pemergian adik Rayan yang terperangkap selama lima hari selepas terjatuh ke dalam perigi kering sedalam 32 meter, sudah pasti meninggal kesan emosi kepada seluruh dunia. Sejak hari pertama media melaporkan berita mengenai adik Rayan, hinggalah berjaya dikeluarkan, saya yakin kita semua tidak putus mendoakan kesejahteraan adik Rayan.

Namun, Allah lebih menyayanginya, sebaik sahaja usaha menyelamat berjaya dilaksanakan, Rayan disahkan meninggal dunia sebelum sempat pasukan keselamatan memberinya bantuan.

pemergian adik Rayan ditangisi dunia

Ini Pengajaran Yang Boleh Kita Ambil Dari Kisah Pemergian Adik Rayan

1. Mati itu pasti

Tidak lewat walaupun sesaat, juga tidak awal walaupun sesaat. Jika sudah sampai waktunya, tiada yang mampu menghalanginya.

Seperti mana yang kita tahu, jutaan orang mendoakan keselamatan Rayan, seluruh dunia memberikan bantuan dan pelbagai usaha yang dilakukan untuk mengeluarkan Rayan dari tempat sempit itu. Namun, jika itu yang sudah tertulis di Luh Mahfuz Allah. Siapalah kita untuk menidakkannya.

Yang pasti, sudah bersediakah kita untuk menghadapi kematian? Sudah cukupkah amalan dan persediaan kita untuk dipersembahkan pada sang Pencipta?

2. Kasih Sayang Merentasi Agama

Walaupun, kanak-kanak itu sangatlah asing bagi kita, tapi ianya mampu menyatukan kita semua di bawah satu nilai iaitu nilai berkasih sayang sesama manusia. Kisah Rayan ini membuatkan semua mata yang melihat dari seluruh dunia tidak putus mendoakan kesejahteraannya. Dan berkat nilai berkasih sayang itu juga, ramai yang menghulurkan bantuan dalam usaha menyelamatkan Rayan dari tanah sempit itu.

Malah, berita tentang pemergian adik Rayan sudah cukup menyentuh hati sehingga air mata kita jatuh pada insan yang kita tidak pernah kita kenal sebelumnya. Sungguh besar rahmat berkasih sayang yang Allah kurniakan pada kita. Sekiranya, kita mampu untuk mengaplikasi nilai ini kepada setiap

Pemergian Adik Rayan: pengebumian

3. Syurga Buat Insan Hebat

Anak kecil berusia lima tahun pun diuji Allah dengan begitu hebat sekali. Bayangkan, berada pada kedalaman 32 meter perigi selama lima hari. Dengan keadaan perigi yang gelap dan sempit, tanpa makanan dan minuman. sungguh hebat dugaan yang dihadapi insan kecil ini. Dihimpit tanah yang keras lagi sempit, berlapar lima hari lamanya dan yang pasti, jika bukan disebabkan azam yang hebat untuk keluar dari tanah itu. Rayan tidak akan mampu bertahan selama itu.

Oleh itu, tawaran untuk mendapatkan tempat di syurga Allah sudah pasti menuntut kita untuk jadi lebih kuat dalam menghadapi ujianNya. Sekiranya, anak sekecil itu diuji sebegitu rupa, bagaimana dengan kita yang dewasa? cukup kuatkah kita melawan hawa nafsu dan godaan syaitan? Cukup kuatkah kita melaksanakan amal makruf nahi mungkar? Tepuk dada tanya iman.

4. Kita Sebagai Hamba Yang Lemah

Allahuakhbar, tiada yang paling berkuasa selain Allah yang Esa. Kisah pemergian adik Rayan cukup menyedarkan kita sebagai hamba yang lemah, hamba yang perlu sentiasa meminta bantuan daripada sang Pencipta. Tiada apa yang perlu disombongkan atau dimegahkan ketika berada di dunia.

Berbalik kepada kisah pemergian adik Rayan. Kuasa dan teknologi canggih yang kita miliki sekarang pun mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan atau menyelematkan Rayan yang terperangkap dalam sebuah perigi kering.

Jadi, kenapa perlu sombong hidup di dunia yang sementara ini?

5. Kerahsiaan Amalan Kepada Allah

Apakah amalan yang dilakukan oleh ibu bapa Rayan sehingga diangkat oleh Allah melalui kejadian ini. Dengan sekelip mata, dunia bercerita mengenai kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapanya. Pesanan Nabi Muhammad SAW, ada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak, salah satunya manusia yang mengingati Allah secara bersendiri hingga mengalirkan air mata. Amalan tersembunyi ini mungkin kelihatan kecil, namun impaknya begitu besar.

Apa-apa pun semoga Allah merahmati pasukan penyelamat dan semua pihak yang bersusah payah dalam usaha menggali tanah dan menyelamatkan Rayan. Justeru, semoga kita sentiasa diberkati Allah SWT dan dijauhkan dari perkara-perkara maksiat

Baca Juga: “Syurga Buatmu Adik Rayan”: Rayan Disahkan Meninggal Dunia Selepas Berjaya DiselamatkanMengisahkan Misi Menyelamatkan Budak Terjatuh Dalam Lubang, Filem Tamil Aramm Mirip Dengan Kisah Rayan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat