“Agak-Agak La Nak Letak Bendera..” Musim PRU, Ramai Bengang Bendera Menghalang Pandangan
Pilihan Raya Umum merupakan satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon untuk mentadbir negara, negeri ataupun daerah. Salah satunya adalah Perdana Menteri. Pilihan Raya Umum telah diadakan sejak beberapa tahun yang lampau lagi.
Manakala Malaysia pula bakal mengadakan Pilihan Raya Umum yang ke 15 tidak lama lagi. Seperti yang kita ketahui, setiap kali musim Pilihan Raya tiba pastinya kempen dan beberapa program akan diadakan bagi menyakinkan rakyat.
Begitu juga dengan pacakan bendera pelbagai parti di beberapa tempat dan Dun tertentu. Semakin dekat dengan musim mengundi, semakin banyak bendera dikibarkan. Sehinggakan hal tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat kita.
“Agak-Agak La Nak Letak Bendera..” Musim PRU, Ramai Bengang Bendera Menghalang Pandangan
Ketidakpuasan hati itu timbul apabila bendera yang dipacak di tepi-tepi jalan menganggu pandangan mata pengguna di jalan raya.
Seperti mana video yang dikongsikan oleh effaadnan menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan penunggang motosikal menurunkan bendera berhampiran lampu isyarat.
Sebelumnya, bendera tersebut belok dan terkeluar sedikit di jalan raya itu dan mungkin juga bendera tersebut menganggu pandangan mata. Dek kerana itu, penunggang motosikal itu mencabut bendera Barisan Nasioanal (BN) itu.
Effa Adnan sempat menulis di ruangan caption, ” boleh berkempen tapi agak2 la nak letak bendera… jgn halang penglihatan orang dan ganggu orang nak lalu… Lokasi : Taman Wira Mergong”.
Safety first lah. Terbaik bro!
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang ramai meluahkan rasa bengang kerana pernah melalui situasi yang hampir sama, ada juga yang memuji sikap penunggang motosikal tersebut.
“Dia ubah takut jatuh motor belah. Bahaya”, tulis Muhammad Akmal.
Dalam masa yang sama, pemilik akaun TikTok dengan nama Maximuzs Rsy turut meninggalkan komen menyatakan, bendera tersebut elok dicabut. Keselamatan adalah perkara pertama dan sempat memberitahu terbaik kepada lelaki berkenaan.
“Elok cabut. Safety first lah. Terbaik bro.”- Maximuzs Rsy pula.
Memang tidak dinafikan, pacakan dan pemasangan kain berlambang parti di tepi-tepi jalan mengganggu penglihatan pengguna jalan raya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan secara tidak langsung ia membahayakan nyawa orang ramai.
Tiada masalah untuk pihak parti berkempen dan memasang kain-kain tersebut namun pastikan bendera tersebut tidak menghalang pandangan mata dan laluan orang ramai dan seterusnya membahayakan nyawa sesiapa sahaja.
Jangan hanya sekadar memasang, kerana boleh jadi dengan pemasangan bendera tersebut, nyawa pengguna jalan raya dalam bahaya. Sila pastikan tempat dan bendera yang dipasang tidak menganggu penglihatan kita serta pengguna jalan rya yang lain.
Kredit: TikTok Effa Adnan
Baca juga: Haiwan Pun Ada Empati, Ramai Terharu Tengok Kegigihan Monyet Cuba Selamatkan Anak Kucing