Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat, Lobi Hotel Basah, Kereta Tenggelam, Sampah Sarap Banyak Sangat Hanyut !


Petang ini, warganet digemparkan dengan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. Menerusi pantauan di sosial media, beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan telah dinaiki banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengah hari.

Sebuah hantaran terbaru dari Sukan Star TV turut memaparkan keadaan banjir yang agak serius sehingga menyebabkan kereta tenggelam. Kejadian tersebut difahamkan berlaku sekitar 4.25 petang di Kuchai Lama.

 

Sementara itu, sebuah hantaran Tiktok dari akaun BeritaRTM turut melaporkan keadaan banjir kilat di Hotel Impiana.

Video tersebut memaparkan keadaan lantai lobi hotel yang sudah dibasahi hujan. Banjir kilat yang dahsyat sehingga memasuki hotel ini juga disifatkan sebagai kejadian pertama kali dalam sejarah sejak hotel tersebut bertapak di situ.

banjir kilat di hotel impiana

Kredit : TikTok BeritaRTM

Satu lagi hantaran video mengenai banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur turun mendapat perhatian warganet. Situasi banjir yang dirakamkan di Pudu Ulu ini memberikan reaksi yang berbeza di kalangan netizen apabila melihatkan banyak sampah hanyut dibawa banjir.

Rata-rata netizen menganggap longgokan sampah yang hanyut merupakan bukti sistem perparitan yang sering tersumbat dan sekaligus membuatkan kawasan tersebut dinaiki banjir.

banjir kilat hanyutkan sampah sarap

Tidak kurang juga ramai netizen beranggapan longgokan sampah sarap hanyut adalah berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata.

Banjir yang mengejutkan ramai netizen ini turut melanda kawasan lain di sekitar ibu kota seperti Masjid Jamek, Lebuhraya Kesas, Jalan Pinang dan Jalan Raja Chulan.

Banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur turut dilihat menjadi punca pergerakan trafik perlahan di kawasan-kawasan yang terjejas.

Diharap keadaan banjir di ibu kota reda segera dan semoga urusan warga Kuala Lumpur dipermudahkan bagi menghadapi banjir ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat