Perkahwinan bukannya eksperimen, kenali betul-betul kekasih anda sebelum berkahwin

Sumber Rujukan : Facebook/Salman Ali

Saya bukanlah perunding rumahtangga mahupun kaunselor tetapi sekadar toleh kekiri kanan sahaja sekurang-kurangnya 4 kali terjumpa kes lelaki gay atau tidak bernafsu lalu berkahwin dan akhirnya isteri ditinggalkan. Samada ia kes terpencil ataupun fenomena Wallahu A’lam.

lelaki gay

Kalau seseorang itu memang tiada nafsu kepada perempuan janganlah kawin dan zalimi orang lain. Perkahwinan bukannya eksperimen.

Memandangkan kelompok begini kelihatan sangat biasa, wali perempuan perlu siasat sebelum kahwinkan anak mereka. Tanya kepada kawan2 calon lelaki bagaimana reaksinya terhadap perempuan dalam komunikasi harian. Lelaki normal memang biasa bercerita tentang perempuan dan kecantikan. Kalau tak pernah cakap dan menunjukkan minat kepada perempuan ertinya 3 kemungkinan

  1. Jiwanya sesuci imam al.nawawi yang menundukkan keinginannya semata-mana untuk belajar dan menulis, bukannya perempuan.
  2. Dia tiada nafsu seks langsung.
  3. Nafsunya songsang kepada lelaki.

Kursus kawin dan temuduga pra perkahwinan perlu tekankan perkara ini. Pastikan kedua pengantin bukan gay atau lesbian sebelum akad nikah.

Seteruk-teruk penagih dadah, bersuamikan gay jauh lebih menyiksa zahir dan batin meskipun suami gay solat 5 waktu.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat