Jenis kucing pelik yang ramai tidak tahu
Jika sebut berkenaan dengan kucing, pastinya ramai peminat kucing di sini. Siap ada kelab pencinta kucing lagi sekarang ini. Mungkin kita sudah tidak asing dengan istilah seperti kucing kampung, kucing Parsi, kucing Angora, bahkan sekarang ini terdapat banyak kucing-kucing eksotik seperti Sphinx dan Maine Coon yang telah mula memasuki pasaran Indonesia.
Sebenarnya masih terdapat banyak spesies kucing yang terdapat di seluruh dunia yang kita tidak ketahui. Jumlah spesies kucing ini dianggarkan mencecah 100 jenis spesies kucing yang terdapat di dunia ini. Begitu banyak spesies kucing di dunia ini yang masih kita tidak ketahui. Oleh kerana itu, mari kita kenal beberapa spesies kucing yang terdapat di dunia yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
1. AMERICAN CURL
Bermula pada tahun 1981 di California, Joe dan Grace Ruga menemukan kucing liar dengan telinga yang terlipat. Kucing ini melahirkan 4 ekor anak kucing dari spesies jantan yang tidak diketahui. Sesetengah dari anak kucing ini turut memiliki telinga terlipat seperti ibunya. Bermula di situlah, spesies kucing ini semakain berkembang. Ciri khusus kucing ini hanyalah pada telinganya yang berlipat.
Kucing spesies ini merupakan jenis yang berbulu pendek dan terdapat juga yang berbulu panjang. Kucing spesies ini memiliki daya interaksi yang baik dan mudah untuk bergaul dalam kelompok mereka dan juga persekitaran. Daya interaksi yang baik menjadikan kucing dari spesies ini sebagai pilihan untuk dipelihara oleh pencinta kucing. Namun harus di ingat kerana kucing jenis ini akan mengalami tekanan dan mengalami paranoid apabila ditinggalkan sendirian dalam tempoh yang agak lama.
2. CORNISH REX
Rex Cornish merupakan spesies kucing yang mempunyai bulu yang sangat pendek dan agak keriting. Spesies kucing ini mula ditemui pada tahun 1950-an di Cornwall, England. Bulu kucing ini menjadi kerinting kerana hasil mutasi genetik dari nenek moyangnya yang berbulu keriting. Setelah dikacukkan dengan kucing dari spesies Siam, warna coraknya menjadi semakin menarik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada kucing spesies ini ialah, ia menghasilkan sejenis alergen yang menjadikan bulunya tidak akan menyebabkan alergik kepada pencinta kucing.
3. KUCING HUTAN NORWEGIA
Kucing berbulu panjang dan tebal ini dipercayai berasal dari hutan di Norwegia. Spesies kucing ini memiliki keunikan tersendiri yang mana ketika musim sejuk, bulunya akan menjadi tebal dan memanjang. Apabila spesies kucing ini berada pada musim bunga, bulu kucing spesies ini akan luruh dan menipis. Kucing dari Norwegia ini juga mempunyai susuk tubuh yang agak besar dan boleh mencakar dengan kuat yang menjadikan mereka sangat berkebolehan dalam memanjat.
4. LAPERM
Satu lagi spesies kucing yang turut mengalami mutasi genetik dari spesies kucing lain adalah kucing dari spesies Laperm. Kucing ini memiliki bulu keriting di seluruh tubuhnya. Bahkan bulu keriting yang terdapat pada leher, perut dan sekitar telinga lebih tebal dibandingkan bahagian lain di badannya. Walaupun spesie kucing ini memiliki bulu yang kerinting, ia terlihat sangat elegan dan menarik dengan memiliki susuk badan yang besar, berotot dan kuat. Kucing Laperm juga sangat aktif, cerdas dan mudah untuk diajak bermain. Satu keunikan yang menjadikannya salah satu kucing yang menjadi pilihan untuk dipelihara.
5. EXOTIC SHORTHAIR
Bulu kucing ini tidak selebat kucing Parsi dan memiliki corak warna bulu yang relatif berbeza secara umumnya. Kucing ini lebih aktif dan suka bermain dibandingkan kucing Parsi, kerana memiliki sifat yang sama dari kucing American shorthair. Kucing ini juga dikatakan sangat manja dan penyanyang kerana kucing spesies ini suka duduk di atas riba tuannya.
6. FOLDEX
Foldex merupakan singkatan dari Exotic Fold, yang merupakan kacukan dari kucing Scottish Fold dan kucing Exotic Shorthair. Kucing ini sangatlah comel dan sebab itulah ramai yang menyamakan kucing spesies ini dengan teddy bear.
Sekali pandang, Foldex memiliki bentuk tubuh yang sama dengan Exotic Shorthair. Memiliki bentuk badan yang bulat, tulang yang kuat, dan memiliki wajah yang bulat. Ciri-ciri yang paling menonjol pada kucing spesies ini ialah pada bahagian telinganya yang berlipat dan mempunyai kaki yang pendek. Kucing spesies ini dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang aktif dan mudah bergaul dengan persekitaran atau dengan sesiapa sahaja yang mendekatinya.
Setiap kucing yang dipelihara atau akan dipelihara mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sifat kucing itu sendiri harus anda ketahui supaya ia menepati kriteria yang anda inginkan untuk menjadi pencinta kucing yang sejati.