Kecil-Kecil Dah Kaya ! Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Jutawan Jual Karya NFT
Siapa sangka seorang kanak-kanak boleh bergelar jutawan dengan hanya menjual lukisan pixel di NFT ?
Seperti yang kita tahu, non-Fungible Token atau NFT merupakan token digital yang kini mendapat tumpuan di serata dunia.
Ia juga merupakan platform terkemuka bagi penggiat seni untuk menjual hasil karya seni mereka bagi mendapatkan keuntungan yang sangat tinggi.
Benyamin Ahmed yang berusia 12 tahun telah memanfaatkan platform ini sehingga berjaya mengumpul hasil dagangan mencecah 3 juta pound (RM 16.4 juta).
Beliau mula menjual karyanya sejak tahun lepas. Jualan pertamanya terjual dalam beberapa jam dengan hasil sebanyak 111,000 pound (RM 600,000) !
Namun, kanak-kanak ini difahamkan tidak mempunyai akaun bank dan tidak pernah mengeluarkan wang tersebut walaupun satu sen daripada hasil jualannya.
Benyamin juga tidak bercadang untuk menggunakan wang yang didapati kerana hanya ingin fokus untuk bina kemahiran dan pengalaman dalam berdagang.
Sudah Belajar Coding Sejak Umur 5 Tahun !
Minatnya tercetus sejak berusia 5 tahun apabila ayahnya mula memperkenalkan dia pada kod. Bukan sahaja Benyamin, malah abangnya, Yusuf juga gigih belajar mengenai kod daripada ayahnya.
Kedua-dua adik beradik ini telah didedahkan kepada kemahiran coding seperti HTML dan CSS. Setelah lebih mahir, ayahnya berikan latihan program lain seperti Javascript.
Koleksi Weird Whales Benyamin setakat ini mencatatkan jualan sehingga US$ 5 juta (RM 20.8 juta) sehingga mendapat komisyen serta royalti jika NFT itu dijual semula.
Menurut ayah Benyamin, Imran, beliau lebih mementingkan pendidikan bagi anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mementingkan keuntungan wang semata-mata.
“Benyamin lebih fokus kepada ilmu manakala wang yang diterima pada saya adalah bonus bagi usahanya.
Saya lebih gemar melihat anak-anak saya menghabiskan waktu dengan perkara yang mereka minati”, jelas Imran yang bekerja sebagai pembangun laman web.
Mengulas lanjut, anaknya telah lakukan pelbagai latihan kod untuk lebih mahir setiap hari sehingga anaknya tertarik untuk dalami bidang ini dengan lebih mendalam.
Pemikiran Benyamin ternyata cukup matang saat berbicara mengenai dunia NFT. “NFT menawarkan peluang yang baik untuk semua. Ia adalah platform yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja tak kiralah miskin atau kaya.”, ujarnya.