5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling Menarik

Sumber Rujukan : Remaja

Sekarang ialah musim IPTA dan IPTS di seluruh negara menghadiri istiadat konvokesyen di universiti masing-masing. Jika anda perasan di media sosial penuh dengan foto-foto konvokesyen bagi meraikan kejayaan masing-masing menggenggam segulung scroll untuk diploma, ijazah dan sebagainya.

Jika anda perasan semakin ramai peniaga-peniaga yang menjual dan menawarkan pelbagai hadiah dalam bentuk gubahan bunga dan sebagainya pada musim konvokesyen ini. Sudah menjadi lumrah memberi hadiah bagi meraikan ahli keluarga dan kawan-kawan yang menjalani istiadat konvokesyen.

Tahukah anda, bukan bunga sahaja yang sesuai dijadikan hadiah untuk insan tersayang? Kali ini kami kongsikan 5 hadiah yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga dan kawan-kawan yang sertai istiadat konvokesyen.

Teddybear Bouquet

Hadiah ini merupakan antara yang paling famous terutamanya jika ingin diberikan kepada mereka yang bergelar perempuan. Jika mereka tidak suka teddybear boleh ditukar dengan karakter kartun yang boleh hiburkan si dia kerana terdapat pelbagai lagi karakter kartun.

5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling MenarikChocolate Bouquet

Siapa je yang tak suka coklat, bukan? Hadiah berupa chocolate bouquet bukan sahaja unik tetapi memberi kepuasan kepada ‘perut’ si penerima. Tidak perlu bouquet yang besar cukup sekadar yang sederhana yang penting ikhlas dari lubuk hati. Perlu diingatkan juga pastikan anda hadiahkan coklat yang si dia suka. Dan juga elakkan coklat yang tidak berkualiti ya!

5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling Menarik

Cookies Bouquet

Selain coklat, cookies juga merupakan antara hadiah yang boleh diberikan semasa konvokesyen. Zaman sekarang sebut sahaja cookies/biskut bukan hanya tertumpu kepada biskut tawar atau biskut kering ya! Jika mahu lebih menarik anda boleh gunakan cookies yang dibuat sendiri dan lakukan rekaan dengan sentuhan personal yang boleh menyentuh hati si penerima.

5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling Menarik

Wishlist

Seseorang graduan baru biasanya belum bekerja atau baru memulakan kerjaya. Dan semestinya mempunyai wishlist tersendiri seperti iPhone baru, jam tangan, kasut dan sebagainya. Gunakan kesempatan ini untuk gembirakan mereka dengan kejutan semasa hari konvokesyen. Boleh juga berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk membeli hadiah idamannya. Pasti akan memberikan kejutan dan kegembiraan kepada mereka.

5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling Menarik

Duit Bouquet

Trend duit bouquet tidak janggal lagi sekarang. Memberi duit sebenarya sedikit sebanyak dapat membantu menempuhi alam pekerjaan yang bakal bermula dan apa salahnya jika kita membantu mereka dengan memberi sedikit wang.

5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling Menarik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat