Ilmu Kesihatan Terhadap Kesan Cacing Yang Ada Di Dalam Perut Manusia

Sumber Rujukan : DrRich DrRahim

1dfi3fstzzzbkbzwm8hpr
Betul ke kalau suka tonggek atau gatal lubang dubur ada CACING? Betul ke makan ubat cacing waktu BULAN TURUN?

Doktor ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun periksa Masya-Allah cacing terkodek apa lagi, doktor kapit dgn forsep dan tarik keluar, panjang macam “mee”. Ibu nya rasa geli dan termuntah. Pernah kes seorang kanak-kanak gatal punggung.

 Doktor nak memberi tahu info hal cacing untuk rakan facebook doc:

  1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman dan tangan anda. Tangan makanan yg tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva menetas dalam usus anda.
  2. Ingat cacing hidup dlm badan semua manusia. Kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah immune dan kebersihan tidak dijaga sangat mudah cacing membiak di dalam perut.
  3. Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pd cacing & cacing kehilangan tenaga & KO.
  4. Cacing bkn dlm usus saja. Tpi boleh merayap ke – mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
  5. Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda spt kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan..

 

7_Tanda_Anak_Cacingan

Tanda-tanda anda ada infeksi cacing

  • Keluar cacing drp lubang najis, atau nampak cacing pada najis.
  • Gatal dubur.
  • Sakit perut, cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia – kurang darah krn ada cacing yg hisap darah anda.
  • Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan wlpun selera makan adak
  • Menggisir gigi ketika tidur malam.
  • Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sbb cacing di paru2.
Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

 Cara-cara elak jangkitan cacing.

  • Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.
  •  Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
  • Pakai kasut bila keluar rumah sbb ada cacing blh masuk menerusi kulit anda.
  • Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dgn teliti terutama yg dimakan mentah.
  • Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
  • Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang mkn ubat cacing !

Kesan sampingan infeksi cacing

  1. Perut tersumbat dgn cacing. Tak blh berak. Muntah x henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
  2. Larva cacing boleh pi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
  3. Cacing yg banyak pd usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dr lubang dubur.
  4. Ada cacing hisap darah kita mcm dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

penyebab, gejala dan pengobatan infeksi usus

Jangan pandang acuh tak acuh. Bahaya tak cacing ni ??

Nak habak ni Petua Tok nek kata: Nak Bunuh Cacing

  1. Makan buah tomato mentah atau makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
  2. Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
  3. Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

 

Satu komen untuk “Ilmu Kesihatan Terhadap Kesan Cacing Yang Ada Di Dalam Perut Manusia”

  1. Adam haris says:

    Bahaya cacing Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat