ADUAN RAKYAT : Tidak Patut! Ditinggalkan Ditepi Jalan Dalam Keadaan Sakit Jantung
Sebagai manusia kita seringkali diuji dengan pelbagai dugaan ataupun masalah. Tidak kiralah apa status, keturunan, pangkat semuanya sama disisi tuhan. Ada kalanya diwaktu kita tidak terdaya untuk menghadapi ujian kita memerlukan pertolongan dari orang lain. Akan tetapi sanggupkah mereka untuk menolong kita?
Didalam dunia yang luas ini dan untuk hidup bermasyarakat kita perlulah saling tolong menolong satu sama lain. Walaupun pertolongan itu cuma sebesar zarah namun jika dinilai dari sudut yang positif ianya mampu memberi kesan untuk jangka masa panjang bagi penerima dan pemberi pertolongan itu sendiri.
Kenapa perlunya hidup bermasyarakat jika manusia itu sudah sempurna? janganlah kita sombong. Ditinggalkan ditepi jalan dalam keadaan sakit jantung. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang menaiki bas dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur melalui luahannya di dalam facebook.
Walaupun kita terikat dengan hukum yang ditetapkan oleh manusia tapi ada ketikanya kita perlu membuat pilihan yang wajar. Mungkin ramai yang berfikir “Pemandu bas pun ada kerja jugak”, “Macam mana dengan nasib penumpang bas yang lain yang ingin sampai ke destinasi seperti masa yang ditetapkan?” tetapi perlu difikirkan juga kesan dari tindakan tersebut. Bagaimana jika penumpang tersebut tidak sempat ke hospital? nyawanya mungkin boleh melayang. Bertimbang rasalah sesama insan.