Anda Curiga Dengan Pasangan Anda? Ketahui 8 Tanda Pasangan Anda Berlaku Curang
Kini terlalu banyak kes penceraian yang melibatkan berlakunya kecurangan daripada pasangan masing-masing. Seperti kata pepatah langit tidak selalunya cerah. Oleh itu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua.
Begitulah peribahasa yang membawa maksud selicik mana seseorang itu menyembunyikan kecurangannya akan ada sedikit tanda-tanda yang mereka tidak dapat elakkan untuk ditunjukkan kepada pasangan tanpa mereka sedar.
Tanda-tanda seseorang berlaku curang
1. Tahap Privasi Telefon Yang Tidak Masuk Akal
Orang yang curang biasanya akan membuat dan menjawab panggilan telefon secara berbisik atau berahsia. Bermesej tidak kira masa. Berchatting pada lewat malam ketika semua sedang lena. Handphone sentiasa dibawa bersama walaupun ke mana sahaja sehingga ke bilik air.
Malah telefon tersebut diletakkan password yang sukar diakses. Mungkin juga kerap menyatakan silap nombor apabila ditanya siapa. Bahkan bil telefon juga turut dirahsiakan.
2. Tabiat Diri Yang Berbeza Dari Biasa
Sebagai pasangan, anda adalah insan yang paling rapat dan lebih mengenali suami atau isteri. Namun, kadang-kala kita pasti tertanya-tanya mengapa ada sesetengah masa kelakuan mereka berbeza daripada biasa. Mereka mula memberi tumpuan kepada penampilan diri, mengubah gaya rambut, haruman minyak wangi yang bertukar ganti dan sebagainya.
3. Sumber Kewangan Yang Susut
Sikap cermat berbelanja tiada lagi, wang simpanan keluarga diambil sesuka hati, banyak berhabis memenuhi keinginan diri bukan keperluan keluarga. Bila tidak cukup duit disalahkan anak dan pasangan.
Muncul bil kad kredit atau resit-resit untuk barangan yang tidak dapat dikesan bahkan tiada kaitan dengan keluarga, pejabat mahupun sesiapa yang dikenali.
4. Jadual Peribadi Yang Sangat Padat
Terlalu banyak masa diluar rumah berbanding bersama keluarga. Sering di pejabat sehingga lewat malam, sering outstation dan travel secara diam-diam. Pasangan curang juga sering melebihkan “kawan” daripada pasangan di hujung minggu dan cuti am. Kadang-kadang tidak dapat dihubungi atau dikesan.
Malah mudah melenting apabila dipersoalkan jadual harian. Mereka sering memberi banyak alasan atau cerita-cerita yang tidak konsisten.
5. Interaksi Yang Semakin Kurang
Sikap yang tidak dapat diramal, moody dalam banyak hal, mahu bersendirian dan tidak boleh disentuh walhal ianya halal. Mudah bertengkar bila berbual dan keluar rumah tanpa sebarang kata.
6. Keinginan Seks dan Kasih Sayang Yang Berkurang
Dua kemungkinan yang boleh berlaku:
- Keinginan seks menjadi tinggi bahkan lebih ghairah.
- Mengelak untuk bersama tanpa alasan munasabah.
- Kerap tidur berasingan di bilik sebelah, bahasa dan isyarat cinta (pelukan dan ciuman) yang semakin berkurang serta ayat cinta seperti ‘i love u’ semakin sukar diungkapkan.
7. Hubungan Dengan Anak-Anak Yang Semakin Renggang
Sebahagian daripada mereka yang curang dilihat jarang meluangkan masa dan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak dan pasangan. Banyak peranan mula dilepaskan kepada pasangan:
Cepat marah bila anak tidak ikut arahan, permintaan anak sering diketepikan, perkembangan dan pembelajaran anak tidak diikuti. Dan apabila gagal, maka akan disalahkan pasangan. Namun bila berjaya tiada penghargaan yang akan diberikan.
8. Kurang Melibatkan Pasangan Dalam Kehidupan Peribadi
Selalunya orang yang curang kurang minat untuk melibatkan pasangan dalam kehidupan sosialnya. Permintaan pasangan untuk mengikut ke majlis keraian ditolak. Hasrat pasangan untuk bersua dengan kenalan pejabat dan jiran tetangga turut ditegah.
Dia lebih suka keluar bersama kawan-kawan dan mengelak untuk keluar berdua dengan pasangan sahaja.
Namun, untuk mengelakkan salah faham yang lebih besar daripada berlaku sebaiknya anda dan pasangan anda duduk berbincang dari hati ke hati. Memahami antara satu sama lain adalah kunci kepada kebahagiaan yang nyata.
Jika timbul kesangsian, siasat perkara-perkara yang mencurigakan anda terlebih dahulu sebelum menghukum dan mungkin anda tersalah hukum yang mengakibatkan sesuatu masalah yang lebih besar melanda rumahtangga anda.