LOUIS VUITTON Hanya Brand Untuk PA Pejabat: Kenali Brand Yang Sesuai Untuk Anda
Berikut adalah hierarki jenama mewah di seluruh dunia. Jenama mewah menunjukkan status kewangan seseorang jutawan di seluruh dunia.
“Brand yang dibeli sebenarnya lebih penting daripada wang yang diperolehi,” kata Pengarah Urusan HSBC, Ewan Rambourg menulis di dalam buku beliau baru-baru ini, “Dinasti Bling: Mengapa Rakyat Cina Mula Membeli Barangan Mewah”.
Rambourg mencipta sebuah piramid jenama untuk menunjukkan bagaimana jenama utama berkisar kemewahan harian seperti Starbucks sehingga kepada kemewahan yang diklasifikasikan ultra iaitu berlian Graff. Ini adalah ranking kuasa mewah terkini:
Kemewahan Yang Dapat Dimiliki Setiap Hari:
- Starbucks
Kemewahan Yang Mampu Milik:
- Tiffany Silver Jewellery
- Coach
- Montblanc
Kemewahan Yang Masih Boleh Dimiliki:
- Tissot
- Prada
- Gucci
- David Yurman
- Louis Vuitton
Kemewahan Yang Premium:
- Chopard
- Rolex
- Berluti
- Tiffany (bukan silver)
- Cartier
- Hermes
- Bulgari
- Omega
- Tag Heuer
Kemewahan Yang Super Premium:
- Harry Winston
- Patek Phillippe
- Breguet
- Panerai
- Van Cleef & Arpels
- IWC
Kemewahan Yang Hanya Dimiliki Oleh Ultra Rich:
- Bespoke
- Leviev
- Graf
Jenama atau produk yang berkaitan dengan simbol kemewahan menjadi lebih laku hasil daripada pertambahan jumlah orang kaya di seluruh dunia.
Namun, jenama yang menjadi terlalu mudah diakses dan mudah dibeli menjadi kurang menarik kepada pembeli “Ultra Rich”. Berdasarkan laporan Pasaran China 2011, Louis Vuitton misalnya, dianggap sebagai “jenama bagi setiausaha” oleh ramai orang China yang kaya.
“Louis Vuitton telah menjadi terlalu biasa,” kata seorang wanita berstatus jutawan kepada Shaun Rein, Pengarah Urusan Kumpulan Penyelidikan Pasaran China pada tahun 2011. “Setiap orang memakai LV dan anda boleh melihatnya di setiap restoran di Beijing. Sekarang saya lebih suka Chanel atau Bottega Veneta. Brand itu lebih eksklusif.”
Dilaporkan juga oleh Business Insider Malaysia, jenama Gucci mengalami nasib yang sama seperti Louis Vuitton kerana mudah dimiliki oleh ramai orang, manakala barangan yang sukar dibeli dan berlabel Eropah yang kurang terkenal seperti Bottega Veneta dan Maison Ullens telah melambung tinggi permintaannya.
Jutawan atau multi jutawan lebih sukakan brand mewah yang jarang dipakai oleh kebanyakan orang kaya yang biasa.
“Saya membeli jenama Maison Ullens di Paris – ia adalah satu jenama Perancis dan dibuat di Itali,” Sara Jane Ho, pengasas sekolah elit di China iaitu Institut Sarita. Apabila saya pulang ke China semua pelajar saya tertanya-tanya di mana saya beli jenama ini. Kemudian, sekolah saya menjadi pusat jualan Maison Ullens kerana pelajar saya benar-benar suka membeli barangan mereka.”
Berdasarkan hierarki jenama yang ditunjukkan dalam gambar di atas, jenama yang berharga kurang dari USD100 (RM360), seperti minyak wangi berjenama atau cologne, alkohol dan Starbucks dianggap sebagai kemewahan yang mampu dimiliki setiap hari.
Barangan mewah yang mampu dimiliki adalah berharga bawah USD300 (RM1,000). Manakala jenama yang berharga USD1,500 (RM5,400) dikategorikan sebagai barangan mewah yang masih boleh dibeli seperti Gucci dan Prada.
Seterusnya, barangan mewah berjenama yang berharga di bawah USD5,000 (RM18,000) dikategorikan sebagai premium seperti Loius Vuitton, Cartier dan Rolex. Manakala barangan mewah yang dibeli oleh hartawan di dunia adalah berharga lebih daripada USD50,000 (RM180,000) yang dikategorikan sebagai “Ultra Rich”.