‘Disqualified’ Hanya Kerana Hijab
Atlet larian yang mencatat rekod terpantas ketika larian merentas desa telah dibatalkan dari bertanding di peringkat daerah hanya kerana dia memakai hijab
Noor Abukaram merupakan seorang pelajar di The Bounty Collegium di Ohio, USA. Dia telah mendaftar dirinya pada hujung minggu untuk menyertai perlumbaan dengan pasukan yang telah dia sertai sejak 3 tahun iaitu Sylvania Northview High School Girls Cross Country Team.
Namun, perkara yang mengecewakannya apabila dia menamatkan perlumbaan, Noor mendapati bahawa penyertaannya dibatalkan hanya kerana hijab yang dipakainya.
Menurut Noor, pihak penganjur telah membuat pemeriksaan pakaian sebelum perlumbaan dimulakan dan mereka meminta rakan sepasukannya menukar kepada seluar pendek supaya sama dengan pelari yang lain.
“Saya mula tertanya-tanya sama ada mereka akan memanggil saya sebab saya memakai semua seluar dan tudung hitam,” kata Noor.
“Saya telah menjadi atlet pelajar sepanjang hayat saya, dan setiap kali kejohanan, perkara ini pasti terlintas di fikiran saya semasa pemeriksaan seragam.”
Penganjur sama sekali tidak memanggil Noor untuk memaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan bertanding. Malah pihak penganjur bercakap dengan jurulatihnya, Jeffery Flowers untuk memaklumkan bahawa Noor tidak dibenarkan bertanding kecuali membuka hijab. Malangnya, perkara ini tidak dimaklumkan kepada Noor sebelum perlumbaan bermula.
Tamat perlumbaan, Noor mendapati bahawa namanya tiada dalam senarai dan secara tiba-tiba hatinya hancur apabila diberitahu dia telah “disqualified” hanya kerana hijab.
“Hati saya remuk, saya menjadi mual dan berasa seperti ditumbuk.
“Perkara yang saya bimbangkan selama ini kini menjadi kenyataan. Saya terus berlalu pergi dan rakan sepasukan saya tidak katakan apa-apa lagi,” jelas Noor kecewa.
Menurut Noor, dia berasa begitu kecewa dan hina. Di samping itu, haknya sebagai seorang atlet telah dilanggar kerana dia tidak diberi peluang sama seperti pelari lain. Ia merupakan peristiwa yang hitam dalam hidup Noor kerana perkara sebegini berlaku
“Saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan diri saya kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan untuk memberitahu saya tentang masalah tersebut,” kata Noor lagi.
Susulan perlumbaan itu, jurulatih Noor berkata dia telah memeriksa buku peraturan bagi acara tersebut dan dia tidak menemui mana-mana peraturan yang melarang seorang atlet daripada menutup rambut seperti Noor. Dalam pertandingan itu, Noor mencatat masa 22 minit dan 22 saat dan ia merupakan rekod terpantas untuk musim ini. Kesungguhan yang dipamerkan Noor jelas dikecewakan begitu sahaja.
Semoga keadilan berada di pihak Noor Abukaram !