Najib Membuat Laporan Polis Selepas Mendakwa Diancam

Sumber Rujukan : Astro Awani

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa dirinya dan keluarga terancam dan memohon agar diletakkan dibawah program perlindungan saksi dalam siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Sentul pada 5 petang semalam, lapor Malay Mail.

Menurut laporan beliau, Najib memberitahu bahawa beliau dan keluarga telah mendapat ancaman yang jelas dan membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan perlindungan saksi. Difahamkan, ancaman tersebut diterima daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan dana 1MDB.Najib tidak menyatakan bentuk ancaman yang diterima olehnye dalam laporan polis tersebut.

Dalam laporan itu juga, beliau menyatakan bahawa barangan yang dirampas di tiga premis di Pavillion Residences baru-baru ini, adalah barangan yang diberikan oleh rakan-rakannya. Selain itu juga, wang tunai yang ditemui oleh pihak berkuasa adalah wang derma untuk kempen pilihan raya Barisan Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat