Belum Adakan Sebarang Pertemuan, Pengerusi Pakatan Harapan Masih ‘Diam’


Berkempen sudah, mengundi pun sudah. Namun penantian untuk mengetahui siapa Perdana Menteri Malaysia cukup perit. Tiada parti menang majoriti jadi ia memerlukan mana-mana parti tertinggi bergabung bagi membentuk satu kerajaan.

Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke 15 semalam cukup sengit. Pakatan Harapan (82 kerusi) mendahului manakala Perikatan Nasional (73 kerusi). Barisan Nasional (29 kerusi), Gabungan Parti Serawak (22 kerusi) dan Gabungan Rakyat Sabah ( 6 kerusi).

Walaubagaimanapun, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu dan memilih Perikatan Nasional tidak mahu parti itu bergabung dengan Pakatan Harapan. Malah dalam masa yang sama mereka juga turut menolak Zahid Hamidi, presiden UMNO.

Belum Adakan Sebarang Pertemuan, Pengerusi Pakatan Harapan Masih ‘Diam’

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) masih lagi belum mengadakan sebarang pertemuan dengan gabungan lain bagi membentuk Kerajaan. Walaupun parti tersebut meraih jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 82 kerusi namun Pakatan Harapan masih belum bertindak ‘memikat’ ahli Parlimen lain.

112 kerusi harus dilengkapkan bagi membentuk sebuah Kerajaan baharu jadi Pakatan Harapan masih memerlukan 30 kerusi lagi. Setakat petang ini, masih tiada lagi perbincangan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan parti lain, sama ada dengan Perikatan Nasional, Barisan Nasional ataupun Gabungan Parti Serawak.

Malah pihak atau pengerusi Pakatan Harapan juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan kerjasama tersebut. Namun Lim Kit Siang, veteran DAP sempat mencadangkan agar Pakatan Harapan bergabung bersama-sama dengan Perikatan Nasional (PN) dan juga blok Berneo. Orang kuat DAP itu juga mencadangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri apabila Kerajaan baharu itu dibentuk.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Muhyuddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan pertemuan bersama dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Turut hadir bersama, Presiden PAS iaitu Tan Sri Abdul Hadi awang di kediaman beliau.

Ketiga-tiga pemimpin berwibawa itu dilihat mengambil langkah awal agar Parlimen tidak tergantung lebih lama. Tidak dinafikan bahawa Pilihan Raya Umum 15 kali ini cukup sengit dan mendebarkan. Moga-moga ada keajaiban yang berlaku dan Malaysia berada di bawah pemimpin yang terbaik.

DS Anwar Ibrahim Tidak Kenal Erti Kekalahan

Sekadar makluman, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan susuk tubuh yang tidak pernah kenal erti mengalah. Dari muda sudah berjuang, walaupun bermacam-macam rintangan dan halangan, beliau tetap cuba yang terbaik.

Sehinggalah pada Pilihan Raya kali ini, parti beliau memperolehi bilangan kerusi paling tertinggi. Walaubagaimanapun, hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri masih lagi tidak kesampaian apabila partinya tidak menang majoriti.

Pakatan Harapan merupakan sebuah parti yang dahulunya dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Parti ini ditubuhkan pada 22 September 2015 dan sebagai parti pembangkang terhadap gabungan Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), AMANAH dan MUDA. Namun pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lepas, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga turut berada di bawah Pakatan Harapan.

kerajaan

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Veteran DAP Cadang Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan blok Borneo Bentuk Kerajaan Bersama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat