Diagnosis Anak Down Syndrome, Tetapi Ternyata Dapat Anak yang Cukup Sempurna!
Anak adalah harapan, bukan hanya harapan ayah ibu dan keluarga namun juga harapan bangsa negara bahkan dunia. Anak adalah pemegang kekuasaan pada saat kita menua. Anak adalah pemutar roda dunia saat kita sudah tiada. Seperti juga pasangan ini, mereka menginginkan cahaya mata yang sihat dan sempurna, tetapi mereka dikejutkan dengan berita bahawa anak lima bulan kandungannya itu telah didiagnosis anak sindrom down.
Shairah Shazana Mohamed, ibu yang berusia 30 tahun ini terlalu terkejut dengan perkhabaran tersebut, sentiasa menangis dan menjadi murung dalam tempoh kehamilannya. Pada hari yang ditakdirkannya bersalin, dia redha dengan ujian Allah SWT yang harus ditempuhinya.
Dengan kesabaran dan doa yang selalu dibuat oleh si ibu, diagnosis doktor pakar tentang kandungannya down syndrome nyata bukan diagnose yang benar apabila dia telah melahirkan Alayna Wahyudi Ichwandy, lahir dalam keadaan yang normal dan sihat seperti bayi-bayi lain.
“Sejak peristiwa itu juga saya percaya setiap dugaan daripada-Nya akan diberikan ganjaran lebih tinggi dan besar jika kita yakin dan redha kepada-Nya,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Kebolehan Alayna Dianugerah Oleh-Nya
Sejak umurnya berusia 3 tahun, Alayna menunjukkan minat terhadap hal berkaitan dengan agama Islam. Dia gemar untuk berselawat dengan semangat dan menjaga adab ketika dia dibawa ke masjid. Alayna sering juga mengikuti ibu dan ayahnya solat jemaah di surau atau masjid.Pada umurnya 4 tahun, Alayna bersungguh untuk bersolat tarawih dan tidak mahu terlepas menunaikan perintah Allah bersama-sama ibu ayahnya.
Kepintaran Alayna menunjukkan suatu petanda daripada-Nya dan membuka pintu hati Shairah dan suami untuk memahami Islam dengan lebih mendalam demi membentuk keluarganya.
Ramai netizen telah terinspirasi menonton video ceramah Alayna. Shairah mendapat banyak mesej daripada pengguna laman sosial tentang anaknya yang cilik itu.
“Ramai yang mesej saya mengatakan Alayna banyak memberi mereka semangat untuk sedar dan mendirikan solat.” kata Shairah, ibu kepada Alayna ini.
Dia turut mengatakan dia dan suami memang mendidik anak tentang kepentingan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya tetapi apa yang disampaikan oleh Alayna mengejutkan mereka. Di sekolah juga dia selalu mengajar rakan-rakan sebaya untuk membaca doa walaupun ada diantara kawan-kawannya yang bukan beragama Islam.
Meskipun sibuk dengan urusan masing-masing, bekerja dan sebagainya, baginya soal akidah dan pembelajaran anak-anak perlu ditekankan sebaik mungkin. Cara didikan di rumah lebih memberi kesan mendalam kepada anak-anak di samping menunjukkan teladan yang baik kepada mereka.
“Sejak saya lahirkan dia, saya sudah mula berselawat dan berdoa setiap masa. Terutamanya sebelum dia tidur. Biasanya saya akan membelainya dengan ungkapan yang lembut dan ajar dia beristighfar jika sedang marah. Selain itu saya juga akan selalu bacakan buku agama kepadanya, melaksanakan solat dan berselawat bersama-sama.”
Shairah juga berkata ibu bapa adalah diibaratkan guru dan cermin kepada anak-anak yang dilahirkan. Setiap perlakuan dan tutur kata perlulah dibuat seikhlas hati untuk dapatkan anak yang baik budi pekertinya. Dia menambah, ibu bapa tidak boleh mengharapkan sekolah untuk mengasuh anak-anak kerana guru yang terbaik adalah pasangan itu sendiri.
Lihat video cilik Alayna ini! Sungguh mengagumkan!:
Video Alayna di Sinar FM!