Kemana Pun Kau Pergi, Nama Ibu Bapa Akan Dibawa Sampai Mati
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam kehidupan setiap insan didunia ini. Pengorbanan yang mereka lakukan untuk membesarkan kita tidak ternilai betapa besarnya pengorbanan mereka. Oleh yang demikian sayangilah dan hormatilah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada bersama kita.
Pada post kali ini, kami ingin berkongsikan sedikit cerita tentang seorang gadis yang kehilangan ibu bapa dari kecil. Namun kehilangan tersebit tidak sedikit pun mematah semangat beliau untuk meneruskan hidup walau perlbagai onak dan duri kehidupan yang perit dihadapi.
Ibu bapa sememangnya satu sumber kekuatan bagi seseorang anak dalam meneruskan kehidupan. Namun kita harus sentiasa berusaha untuk membanggakan mereka walaupun mereka sudah tiada disisi kita pada hari ini.
Kemana sekalipun kita pergi, sejauh mana pun kita pergi, setinggi manapun kita daki, ingat lah nama ibu bapa kita tetap kita bawa bersama sebagai satu sumber kekuatan kita.
Dia kehilangan ibunya pada usia masih tersangat muda iaitu 4 tahun dan kehilangan ayahnya pada usia sangat muda iaitu 10 tahun. Dia menjadi yatim piatu pada usia kecil lagi. Ditinggalkan oleh saudara mara di rumah anak yatim. Namun itu tidak sedikit pun menggoyahkan dia untuk terus belajar.
Malahan dia tidak pernah menjadikan itu satu punca untuk dia gagal. Dia bangkit dan terus berusaha walaupun diejek dan tiada lagi tempat untuk bermanja dan mengadu.
Dia merupakan seorang yang berjiwa kental. Jangan pernah jadikan kekurangan kita sebagai penghalang untuk kita berjaya. Tetapi sebaliknya jadikan ia sebagai satu pendorong untuk kita lebih berjaya dimasa hadapan. Janganlah kita selalu mengeluh dengan kekurangan yang kita alami.
Sekiranya kita gagal untuk merancang itu bermakna kita merancang untuk gagal. Teruskan melangkah walau sepahit mana yang kita telan. Kejayaan tidak kakan datang bergolek kalau kita mencarinya. Apakah kita yang hidup dalam keadaan serba cukup ini masih lagi lemah? Malas untuk berusaha?
Ibu bapa tidak memerlukan duit kita tapi cukup dengan kejayaan dalam hidup yang kita kecapi dapat memberikan mereka kebahagiaan sebagai membalas jasa mereka. Mereka tidak akan meluahkan isi hati mereka, tetapi kita hars bertanggungjawab membanggakan mereka.
Kepada adik-adik diluar sana, teruskan berjuang. Teruskan berusaha untuk capai kejayaan. Tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk dapatkan sesuatu.
Semoga kisah yang dikongsikan dapat memberikan anda satu semangat baru untuk menempuh hari-hari yang mencabar dalam kehidupan seharian anda.