Apa Yang Perlu Kau Buat Sebelum Melangkah Pergi Meninggalkan Menara Gading
Universiti tempat yang banyak memberikan memori yang indah untuk dilupakan. Tapi apa yang perlu engkau buat sebelum kau meninggalkan menara gading tercinta
Sebelum melangkah pergi meninggalkan menara gading tercinta, ada beberapa perkara yang boleh dibuat.
1. Berjalan perlahan-lahan mengelilingi universiti
Berjalan perlahan-lahan mengelilingi universiti dengan penuh nostalgia. Jangan lupa ke library juga. Lepas ni, mungkin tidak datang lagi.
2. Berbaring dipadang
Berbaring dipadang atau kawasan lapang melihat langit sambil mengimbas memori-memori indah dengan kawan-kawan.
3. Bayar balik hutang
Pandai pinjam pandai bayar. Tak bayar kat sini, kena bayar kat akhirat. Buat sekali sidang media dekat facebook etc untuk tanyakan kalau-kalau kita ada hutang sesiapa. Jangan tunggu sampai kena bayar kat akhirat pulak.
4. Tidur bilik member
Lepas ni mungkin dah tak berpeluang lagi.
5. Ambik gambar ramai-ramai dengan member
Posing biarlah memorable. Biarlah kalau orang nak kata over pun.
6. Tegur orang/senior/junior/staff/lecturer
Yang korang dah lama rasa menarik dan dah lama nak berkenalan tapi tak berkesempatan.
7. Tidur puas-puas
Dah kerja nanti memang tak merasa la.
8. Ucapkan terima kasih kepada famili
Kawan-kawan dan orang yang dah banyak tolong korang. Bestfriend terutamanya. Ungkit balik satu-satu jasa baik dia kat korang dan belanja dia sebagai meraikan dia.
9. Kalau tak pernah exercise
Start sekarang. Its a new beginning after all.
10. Start delete gambar-gambar dan posting tak senonoh yang akan menyusahkan dunia kerja dan alam akhirat korang nanti.
Kalau email bunyi pelik-pelik dan nampak macam budak riang ria yang kurang matang, eloklah start buat email baru yang berbunyi profesional macam nama korang.
11. Ambik contact info members.
12. Buatlah time-capsule
Tulis surat kepada diri sendiri 10 tahun akan datang, letak dalam botol dan tanam. 10 tahun kemudian, gali dan baca balik. Contohnya, dalam surat dah pesan kat diri sendiri supaya pegang prinsip betul-betul. 10 years later, bila dah jadi ahli politik korup tu, bolehlah termalu sikit.
13. Remember that one person
The one you are so crazy about but never got the courage to talk to? Its now or never. Belajarlah untuk jujur pada diri sendiri.