“Ya Allah Ustaz Salah Tu..” Viral Ibu Tunggal Dibantu Ebit Lew, Suami Nafi Sudah Lama Terpisah
Zaman sekarang pelbagai macam cerita yang didengar, ada cerita sedih, ada cerita melucukan, ada cerita mengerikan dan ada cerita kegembiraan. Namun itulah kehidupan, akan dihiasi dengan pelbagai corak dan warna.
Selagi mana kita hidup serta dapat mendengar dan melihat, selagi itulah kita hidup kita ini sentiasa diisi dengan pelbagai cerita dan kisah. Bukan sahaja berkenaan diri orang lain malah diri sendiri juga. Ujian dan dugaan itu adalah fitrah kehidupan.
Ada yang bernasib baik diberikan kebahagiaan dan keselesaan dalam hidup namun ada juga kurang bernasib baik, diuji dengan ujian yang cukup berat. Terpaksa menggalas segala bebanan di bahu walaupun masih di usia muda.
“Ya Allah Ustaz Salah Tu..” Viral Ibu Tunggal Dibantu Ebit Lew, Suami Nafi Sudah Lama Terpisah
Seperti mana kisah yang tular baru-baru ini, kisah mengenai seorang ibu tunggal yang dihadiahkan sebuah motosikal oleh Ustaz Ebit Lew. Ibu tunggal anak satu itu berkerja sebagai Foodpanda Walker.
Bagi memudahkan urusan pencarian rezekinya, Ustaz Ebit kemudiannya menghadiahkan motosikal jenis Ysuku. Ibu tunggal yang dikenali sebagai Emy dan berusia 23 tahun itu dimaklumkan dia merupakan seorang anak yatim.
Dia juga dikatakan telah lama berpisah dengan suaminya dan kini hanya tinggal berdua dengan anaknya. Selain bekerja sebagai Foodpanda, Emy juga turut melakukan pekerjaan lain iaitu menjadi pembantu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai.
Hadiahkan motor Y15
Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah. Area Kerinchi Lembah Pantai.
Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.
Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan disini. Beri saya hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor. Semoga Allah jaga adik jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat.
Terima kasih sahabat yang bersama kami selama ini di
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb 8603546376
Ekoran dari kisah yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew itu, seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah suami kepada Emy tampil menyangkal dakwaan Ustaz Ebit bahawa dia sudah lama berpisah dengan isterinya.
Lelaki yang dikenali dengan nama Fakhrul Rosli berkenaan menyatakan bahawa mereka baik-baik sahaja cuma status hubungan masih dalam proses mahkamah. Menurutnya lagi, dia masih menyayangi hubungan perkahwinan bersama isterinya itu.
Fakhrul turut menjelaskan bahawa dia masih lagi menyayangi isterinya itu dan akan mencuba yang terbaik apabila dinasihati warganet agar menjaga rumah tangganya memandangkan usia perkahwinan mereka yang masih lagi baru dan mempunyai anak yang masih kecil.
Didoakan semoga segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan semoga juga ada sinar bahagia buat kedua-dua pasangan ini.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
Baca juga: “Baru Nak Suap Nasi..” Temui Ular Dalam Sayur Kangkung, Lelaki Ini Terus Hilang Selera