ADUAN RAKYAT : Isu Hormati Masjid, Apa Pandangan Anda? – Daily Rakyat

ADUAN RAKYAT : Isu Hormati Masjid, Apa Pandangan Anda?

Sumber Rujukan : Lisza Laressa

Sikap tegur menegur adalah bagus jika kena dengan caranya. Sikap menghormati orang tua juga perlu di utamakan. Sebelum kita menegur atau membuat sesuatu tindakan, cuba letakan diri kita di situasi orang tersebut. Adakah kita boleh terima jika diperlakukan sedemikian? Satu kejadian yang tidak patut telah terjadi di masjid , hospital besar kuala lumpur. kisah ini di kongsikan oleh lisza laressa (nama facebook).

Memang salah akak, kawasan masjid, kena pakai tudung,.ni pon sebab nak tumpang berteduh sementara nak tunggu hujan stop & petir kilat reda,. sementara nak temankan mak makan nasi,. yelahh dari pagi mak akak xmakan ape2,. sementara nak tunggu time melawat adik accident dekat wad,.

Tiba2, ada seorang hamba Allah, datang terus sound,.” Ni masjid kan? Ni masjid kan? Ko tu xpakai tudung, tolong hormat masjid, so ko boleh kuar skang !”

Tapi memandangkan mak tengah makan, so ingat nak tunggu la mak abih makan,.

Rupa2nya die datang lagi, terus sound kali ke2, ” kan aku dah kata kan? Ni masjid kan? Ko ni xhormat masjid ke?!

Ayah akak trus menyampuk, ” lepas isteri saya makan ni, kami sume akan kua, lagipon, ujan lebat & petir, sy nk berteduh kejap,.( dlm video tu, korang pon nmpk kan, mak akak pon xabih mkn pon lagi )

Tengokla cara anak muda berbahasa dgn org tua cmne? Angkat2 tgn cmtu? Klu nk marah akak, marahla akak sorg, tp ngn org tua pon ko punye la tggi sore,,oo siap ckp, ” aku polis bantuan sini !”

Oo cmni rupanye polis bantuan ye org2 sekeliling situ, leraikan & suruh kami semua beredar je dari situ,.org2 situ pon ckp blk kt die,.salah cara ko ni tegur org!

Kesian mak abah, org main herdik2 je,.alahaiii,.besar sgt ke salah akak? nasibla akak pk memg akak yg salah,so akak diamkan je ,.

Disebabkan ujan lebat, petir kilat, terima kasih atas ihsan org ramai bg payung utk mak abah tadi dan kami bertiga , kua dlm hujan lebat, akak terpaksa berbasah dlm hujan, sbbnya payung utk mak & abah pakai.

 

Mengenai isu ini apakah pendapat anda?

Adakah patut mereka diperlakukan sedemikian?

Betulkah cara anak muda itu menegur?

Sebarkan Artikel Ini
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share
  • 1
    Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat