Negara Yang Mengalami Penyakit Kemurungan & Mental Paling Tinggi


Terdapat pelbagai jenis penyakit misteri dan salah satunya adalah sakit jiwa. Namun yang lebih menggerunkan, individu yang mengalami kemurungan ini tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit itu. Tekanan hidup jelas merupakan faktor utama dalam permasalahan kemurungan ini. Malah faktor budaya juga merupakan penyumbang kemurungan ini berlaku. Persoalannya negara manakah yang mengalami masalah ini ? Berikut adalah negara yang mempunyai kadar pesakit kemurungan dan sakit mental yang tinggi.

1. India

negara

India menduduki kedudukan pertama dalam jumlah individu yang mengalami masalah penyakit mental. Dengan masalah ekonomi yang tidak seimbang, pendapatan yang besar, masalah fasiliti dan infrastruktur serta isu politik telah menyebabkan bilangan pesakit di India paling ramai.

Sejumlah 56.7 juta orang (4.5%) mengalami kemurungan dan 38.5 juta orang (3.0%) mengalami kebimbangan melampau, statistik yang sama ditemui tak kira di kawasan bandar atau luar bandar. Malah negara ini juga berdepan dengan masalah kekurangan tenaga pakar, hanya mempunyai 1 pakar perubatan bagi 100,000 orang yang menyebabkan ramai rakyat mereka memilih untuk tidak mendapatkan bantuan.

2. China

negara

Budaya masyarakat China yang lebih mementingkan kepentingan ekonomi tanpa mempedulikan tahap kesihatan mental harus diberikan penekanan atau tindakan yang wajar oleh kerajaan negara tersebut. Dengan jumlah 55 juta orang pesakit kemurungan dan 40 juta orang pesakit kebimbangan melampau, China menjadi negara kedua paling ramai warganegara mempunyai masalah mental.

3. Amerika Syarikat

negara

Amerika Syarikat mencatat lebih 17.5 juta orang mengalami masalah depresi dan 18.7 juta orang mengalami masalah kebimbangan. Satu-satunya negara maju yang tidak membantu kerana dilaporkan hanya 37% daripada jumlah keseluruhan pesakit berjaya mendapatkan rawatan.

Sama seperti Indonesia, Amerika Syarikat turut mengalami kekurangan tenaga pakar yang sangat ekstrim, khasnya di kawasan-kawasan pedalaman dan telah menyebabkan banyak hospital ditutup akibat ketiadaan pakar perubatan.

4. Brazil

Brazil merupakan salah satu kuasa besar bola sepak dunia. Namun ia tidak menghalang daripada mengalami permassalahan mental ini. Dianggarkan lebih 11 juta penduduk Brazil mengalami masalah kemurungan sementara 19 juta lagi mengalami kebimbangan melampau.

Kajian mendapati faktor sosial dan ekonomi yang tidak seimbang menyebabkan situasi ini berlaku. Kes-kes keganasan serta kemiskinan menjadi punca utama mengapa terlalu ramai masyarakat Brazil mengalami masalah mental setiap hari.

5. Indonesia

Indonesia mempunyai penduduk seramai 260 juta 0rang. Dianggarkan 3.7% atau 9 juta orang mempunyai masalah tekanan dan 3.3% atau 8.1 juta orang daripada negara tersebut mempunyai masalah kebimbangan melampau. Perkara yang sering menjadi masalah adalah bilangan petugas perubatan yang sedikit untuk menangani masalah ini. Dengan hanya 773 orang pakar sakit jiwa dan 451 orang pakar psikologi, ia jelas sukar untuk merawat lebih 16 juta orang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat