9 Persiapan Yang Bisnes Owner Wajib Buat Sebelum Rekrut Team Sales!
Anda seorang bisnes owner yang ada impian nak bina team sales sendiri?
TOLONG BACA DULU INFO NIH!
Baru la nanti korang buat dengan betul beb. . .
Nak bina team sales bukan senang sebenarnya. Banyak item dan elemen yang bisnes owner kena kaji dan buat persiapan sebelum start rekrut team sales.
Kalau tersilap langkah, bisnes tu boleh hilang profit, buang masa dan tenaga je. Baik buat sales sorang-sorang je, ye dak? . . So, kat bawah ni ada 9 info tentang apa yang bisnes owner perlu prepare sebelum nak start rekrut team sales. Boleh baca keterangan di bahagian gambar.
TOLONG BACA INFO TU DULU.. .
9 Persiapan Yang Bisnes Owner Wajib Buat Sebelum Rekrut Team Sales!
1. Produk yang proven-sudah test market
Sebelum korang nak ada team sales, pastikan dulu produk korang dah proven dan boleh di terima market. Ambil dulu masa sebulan dua untuk test market jika produk korang produk baru. Dapatkan dulu feedback customer dan kumpul testimoni. Supaya nanti bila team sales masuk, korang punya produk dah ada testimoni yang terkumpul dan bisnes korang boleh BOOM!
2. Team marketing yang konsisten
Ada orang yang suka rekrut team sales dulu, baru fikir nak develop team marketing. Sebenarnya takda masalah, tapi boleh menyebabkan bisnes owner hilang fokus. Ada bisnes owner yang buat sendiri marketing untuk cari leads baru sampaikan team sales ke laut takde orang nak guide. So, better settle kan dulu team marketing supaya dah boleh provide leads secara konsisten dan team sales tunggu untuk close je!
3. Profit & Komisyen simulations
Haa, ni part yang mencabar. Para bisnes biasanya buntu part ni. Ramai yang main hentam je kalau nak rekrut team. Tak kira pun profit yang dorang mungkin dapat. Dah la tak kira, lepas tu profit pun takda. Duit tak tahu hilang ke mana. So, sebelum team sales masuk lagi, korang kena buat SIMULATION dah. Kena masukkan semua kos yang mungkin akan keluar bila ada team. COGS semua tuh. Dan buat provision. Bila ada simulations ni, baru lah korang boleh set TARGET untuk team dan company. Boleh design untuk reward dan macam-macam lagi. Paling best, korang boleh design berape menpower korang kena ada untuk korang jadi JUTAWAN!
Lepas tu, simulations untuk komisyen team juga perlu ada. Supaya team kita jelas berapa income yang dorang boleh dapat kalau dorang buat sales yang kita tetapkan. Ada guide untuk dorang kejar target sales.
4. Silibus untuk training dan SOP
Tiada dalam sejarah kami yang staff sales masuk terus boleh perform. Semua orang perlukan latihan yang cukup untuk mereka perform. Tugas bisnes owner adalah menyediakan modul dan silibus untuk training staf-staf baru nanti. Silibus tu mestilah merangkumi semua dari sudut ilmu produk, ilmu masalah prospek, sehinggalah ke ilmu untuk menjual. Dengan adanya silibus dan modul, perjalanan team sales kita akan lebih smooth dan bisnes owner takkan buntu tak tahu nak buat apa dengan budak sebab dah ada guidelines. Just follow.
5. Set KPI
Salah satu elemen yang sangat penting dalam pembinaan team sales adalah KPI (Key Performance Index). KPI sangat-sangat perlu untuk bisnes owner kenal pasti individu mana yang betul-betul menyumbang dan individu mana yang sebenarnya sekadar menumpang. KPI perlu dilaksanakan dari awal sebagai salah satu bahagian dari sistem supaya kalau ada staf yang tak boleh follow, bisnes owner ada point untuk terminate mereka. Bukan terminate atas alasan masalah attitude semata-mata.
Kemudian, bagi staf sales yang perform dan capai KPI, mereka akan dianugerah dengan pelbagai insentif dan bonus sebagai reward pencapaian mereka.
6. Peraturan dan undang-undang
Bila ada team, dan ahli team tu ramai. Ofcourse kena ada peraturan dalam team supaya keharmonian di dalam team terjaga. Team yang ada common soul, common language, dan common value akan sama-sama naik dan perform sekaligus mampu capai target company. Kalau takda peraturan, team akan kacau bilau, ganggu mood, sales akan drop dan akhirnya bisnes kita tak jalan. Ni belum termasuk pantang larang yang team sales kena jaga bila berurusan dengan pelanggan. Jangan sampai brand produk kita rosak disebabkan team sendiri tak pandai jaga mulut!
7. Tempat kerja yang selesa
Bila bercakap pasal team, biasanya menpower tu kenalah 5 orang ke atas, baru best. Tapi bila ramai-ramai ni, ruangan pejabat kita biasanya makin sempit. So, sebelum bawak masuk team sales, pastikan anda dah sediakan ruangan kerja yang selesa untuk dorang. Supaya kualiti kerja dorang terjaga dan environmentnya selesa.
8. Format Report
Bisnes owner juga memang patut sediakan format report dari awal lagi team sales masuk. Mereka perlu diajar dari awal untuk isi report dan hantar tepat pada waktu. Ini akan menyenangkan urusan korang sebagai bisnes owner sebab bila team besar, nescayalah anda takkan menang tangan. Format report tu cukup untuk korang tahu keadaan semasa performance team korang dan bisnes korang jugak.
9. Monitoring system
Last skali, kalau korang berimpian nak ada team bisnes yang besar dan nak team tu autopilot (autopilot bermaksud korang tak perlu sentiasa ada dengan mereka 24jam) korang kena ada monitoring system yang sharp! Monitoring system ni ada macam-macam cara, yang penting, tujuan utama dia adalah untuk korang pantau team korang walaupun korang tak masuk pejabat hari tu. Monitoring system ni lah yang akan menentukan sama ada korang ni IN the business or ON the business.
.
Ada ke bisnes owner yang ada impian besar nak ada team sales besar tahun ni?
.
Nak tak kalau korang boleh belajar dari 2 orang mastermind yang dah start bina team sales dari tahun 2016 lagi?
.
.
Mereka berdua ni dah berjaya rekrut dan bina team sales dan team marketing yang sekarang sudah jadi PROFIT TEAM untuk bisnes mereka. Setakat ni, team mereka dah mampu hasilkan jualan 7 ANGKA SETIAP BULAN! Dah ada juga bisnes owner lain yang follow sistem yang mereka buat dan dapat result power! Memang proven bakhang!
.
.
Kalau tak percaya, boleh follow mereka secara personal. Korang boleh stalk apa yang mereka buat sejak 2016. Kat situ korang akan faham apa yang mereka buat.
.
.
Add/Follow Azman Aziz ; Sifu Master Panggilan Pukau – Cara Bina Team Sales.Add/ Follow Tengku Adzim ; Founder Eskoba Marketing – Cara Bina Team Marketing.
.
.
Mereka berdua akan bergabung dalam satu seminar dan mereka akan dedahkan rahsia apa yang mereka buat untuk Bina PROFIT TEAM 7 ANGKA selama 2 hari berturut-turut di Shah Alam pada 31 Mac & 1 April nanti.
.
.
Jika korang berminat nak tambah ilmu dan dapat ilmu mahal ni, korang boleh terus PM Project Manager Seminar ni di nombor;
019-941 0000 ( Tuan Zulqarnain Ab Halim) just tekan link ni untuk info https://goo.gl/wTT97v
.
.
Seat untuk seminar adalah sangat-sangat sangat terhad. Ada dalam 200 seat sahaja dan dah ada sebahagian yang sudah di booked.
.
.
Kalau tak nak terlepas peluang ni, boleh contact project manager kat atas tu sebelum seat fully booked.
.
.
Seminar ni dianjurkan hanya atas permintaan dan takkan sentiasa ada.
.
.
Jumpa anda disana!
Team Marketing & Team Sales Building Experts. (Since Jan 2016)
Seminar Cara Bina Profit Team – Sales 7 Angka Sebulan!Hotel Laman Seri Shah Alam
200 seats only.
Contact Us Now For Early Booking! 019-941 0000 ( Tuan Zulqarnain Ab Halim)
atau terus bayar di sini :
https://imam.onpay.my/order/form/binaprovenprofitteam