TUN MAHATHIR MASIH PM MALAYSIA : Semenjak 1957-2015 Kita Hanya Ada Seorang Perdana Menteri Sahaja!


Perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman mengundurkan diri dan memberi laluan kepada timbalannya, Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak kemudiannya meninggal dunia sewaktu masih memegang jawatan PM. Begitu juga timbalannya Tun Dr. Ismail. Perdana menteri yang ke-3 Tun Hussein Onn juga meletak jawatan dan diganti oleh timbalannya Tun Mahathir Mohamad. Tun Mahathir mempunyai 3 timbalan semuanya; 2 darinya kalah dalam pemilihan dan yang ke-3 dilucutkan dan dipenjarakan. Tun Mahathir kemudiannya mengundurkan diri secara sukarela dan diganti oleh timbalannya Tun Abdullah Badawi. Tun Abdullah Badawi mengundurkan diri dan memberi laluan kepada timbalannya Dato’ Sri Najib Razak. Kini Dato’ Sri Najib Razak pula ditekan supaya berundur dari posisinya kini.

Setakat ini hanya Tun Abdul Razak sahaja yang meninggal dunia sebagai PM. Yang pertama, ke-3, ke-4 dan ke-5 kesemuanya berundur secara perletakan jawatan. Apakah Dato’ Sri Mohd Najib juga akan berundur? Yang pertama dan ketiga berundur juga dikaitkan dengan Tun Mahathir. Yang ke-5 juga berundur atas desakan yang sama dari Tun Mahathir.

Memang luar biasa Tun Mahathir! Sejak sebelum PM, bahkan di luar UMNO dan selepas melepaskan jawatan PM, beliau mempunyai peranan secara tak langsung (di belakang tabir), secara langsung dan melalui frontal attack (serangan terbuka) yang membawa kepada kejatuhan 4 perdana menteri Malaysia dan 3 timbalan perdana menteri Malaysia. Kini dalam serangan bertubi dan escalated (meningkat) kita bakal menyaksikan Tun Mahathir menambah jaringan yang ke-5. Atau Dato’ Sri Najib Razak “has what it takes to face Tun Mahathir’s onslaught?”.

Dari seorang yang merasai dibesarkan dan dewasa dan memasuki usia matang (berusia) di bawah 6 perdana menteri Malaysia.

Terima kasih di atas perkongsian oleh Prof Madya Dr. Hafidzi bin Mohd Noor yang merupakan Ahli Jawatankuasa IKRAM Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat