Hei Anak Muda ! Bangkitlah !
BANGKITLAH ANAK MUDA.
Ya saya tahu ramai di antara kita sekarang ini ada dalam keadaan “down” @ “lemah” akibat dari pelbagai faktor terutamanya kejatuhan dalam perniagaan.
Tetapi kita tidak boleh berada dalam “state” tersebut terlalu lama kerana ia akan membawa kita ke arah yang lebih teruk!
Maka pilihan wajib yang kita ada adalah BANGKIT BERUBAH.
Cakap memang senang kan? Tapi nak buat susah.
Mesti ada yang malu, risau, takut akan apa yang akan orang sekeliling kata pada kita kan?
Pegang pada kata-kata ini “jangan diendah cemuhan makhluk, tapi utamakan apa yang bakal Allah katakan pada kita kelak..”
Ini kerana Allah telah berfirman
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Mulai saat ini, bangkitlah..! Aturkan strategi bagaimana untuk bangkit.. Kemudian mohon panduan dari Allah bagaimana untuk melaksana dan menjayakannya.
InsyaAllah kehidupan kita akan mula berubah.