3 Juta Imigran Akan Diusir Keluar AS – Donald Trump


WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kelmarin bahawa pentadbirannya akan segera mengusir atau memenjarakan berjuta-juta imigran tanpa dokumen yang mempunyai rekod jenayah.

Dalam satu wawancara bersama saluran berita televisyen tempatan, CBS News, Trump menganggarkan terdapat dua hingga tiga juta ahli kumpulan samseng, pengedar dadah dan individu memiliki rekod jenayah yang tinggal secara haram di AS.

“Kami akan mengusir mereka keluar dari negara ini atau memenjarakan mereka ,” katanya kurang seminggu selepas memenangi pilihan raya Presiden AS.

Beliau menambah, selepas golongan itu dihalau keluar dan keselamatan sempadan AS terjamin, pentadbirannya akan menentukan status jutaan lagi imigran tanpa dokumen pengenalan diri yang berada di negara itu.

Beliau menganggap kelompok tersebut sebagai penduduk yang “hebat”.

Dalam wawancara sama, Trump turut memaklumkan bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk membina tembok di sepanjang sempadan AS dan Mexico tetapi berkata, sebahagian tembok itu mungkin diperbuat daripada pagar seperti yang dicadangkan oleh sebahagian anggota Kongres.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat