Keindahan Masjid di Kelantan


Masjid adalah rumah ibadah bagi seluruh umat Islam dalam menunaikan tanggungjawab atau kewajiban solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti bagi umat Islam. Ia merupakan sebuah institusi ibadah yang seharusnya berkembang sejajar dengan peredaran zaman serta memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Terdapat banyak buah keindahan masjid yang di miliki di negeri Kelantan.

Keindahan Masjid di Kelantan

1. Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi ini terletak di Jalan Masjid, Kota Bahru, Kelantan. Masjid ini mempunyai peranan besar dalam penyebaran ilmu Islam dalam kalangan masyarakat Islam tempatan mahupun yang datang dari luar Kelantan. Serambi Mekah merupakan gelaran kepada masjid ini.

Tok Kenali merupakan salah satu tokoh ilmuwan yang menggunakan masjid ini sebagai tempat menyampaikan ilmu kepada pelajar serta penduduk di sekeliling.

2. Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan

 

Masjid Al-Ismaili terletak di atas Lot PT 3190, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu. Pada 26 Muharram 1433H(22 Disember 2011)  telah berlangsung satu Majlis Solat Hajat dan Upacara Peletakan Batu Asas.

Idea yang dicetuskan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di mana terbinanya masjid ini. Di samping itu, ia merupakan hadiah abadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V kepada Ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra.

Untuk pengetahuan semua, masjid ini dibina dengan berteraskan Tema 5 iaitu Islam terbina di atas Rukun Islam yang lima, demi menjaga lima Maqosid As-Syariyyah, yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera manusia untuk menakhodai diri di dunia menuju akhirat.

Masjid ini juga dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam.

3. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Perasmiaan pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul al-Naim pada 8 Safar 1413 hijrah bersamaan dengan 7 haribulan Ogos 1992 masihi.

Malah ia merupakan salah satu masjid tercantik di Malaysia dan mampu menampung jemaah sebanyak 10,000 orang pada satu-satu masa.

4. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang

Masjid yang lebih dikenali dengan nama Masjid Beijing ini sering mendapat perhatian pelancong kerana keunikan serta keindahan seni binanya.

Menurut Mohsin Abdullah iaitu imam masjid berkata Masjid Beijing menyerupai Masjid Niujie di Beijing, China yang dipercayai ber­usia lebih daripada 1,000 tahun.

5. Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah

Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah bilangannya. Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah berdekatan Sabak terserlah keindahan dengan keunikan serta kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang.

Dari reka bentuk luaran hingga perincian dalaman, setiap butiran seni bina mencerminkan kedamaian dan ketenangan, malah binaan turut dikelilingi hutan dan parit mewujudkan panorama semula jadi.

6. Masjid Razaleigh, Gua Musang

Gua Musang bakal memiliki masjid yang paling besar serta unik hasil pembinaan sebuah masjid yang seakan akan sama dengan Masjidil Haram di Mekah. Kos perbelanjaan pembinaan masjid ini RM23 juta. Ilham telah dicetuskan oleh Ahli Parimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Pembinaan ini turut bakal menjadi mercu tanda dan tumpuan pelancong ke Kelantan.

Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 5000 orang dimana ia dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar. Jelas keunikan masjid ini tertumou kepada warna, jubin dan hiasan luar termasuk 9 menara mirip Masjidil Haram.

Ia termasuk ruang tengah dibina batu hitam empat segi yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.

 

Sumber: http://notauntukmu01.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat