KETAHUI TABIAT MENGOREK TELINGA : Mampu Melukakan Gegendang Telinga
Di Malaysia mungkin ada sesetengah rakyat di negara ini suka membersihkan telinga namun tidak mengetahui keburukan yang akan menimpa kepada diri yang mampu memburukkan keadaan. Ada sesetengah mempunyai tabiat mengorek telinga yang dianggap sebagai satu kebersihan. Namun satu kajian telah dibuat di American Academy of Otolaryngology yang mendapati mengorek telinga mampu melukakan gegendang telinga dan kesan-kesan lain lihat di artikel bawah.
NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Membersihkan telinga dengan kerap sering dianggap sebagai tanda kebersihan yang baik.
Tetapi secara manualnya membersihkan tahi telinga sebenarnya boleh merosakkan pendengaran seseorang, mengikut garis panduan baru oleh pakar-pakar dari Amerika Syarikat.
Penyelidik di American Academy of Otolaryngology dalam garis panduan yang dikemas kini pada Selasa mengatakan memasukkan instrumen asing ke dalam saluran telinga, seperti putik kapas, boleh menyebabkan pelbagai masalah pendengaran dan sebenarnya meningkatkan pengeluaran cerumen atau tahi telinga.
Selain itu, membersihkan telinga secara manual juga meningkatkan peluang untuk melukakan gegendang telinga, tulang halus terseliuh dan menyebabkan jangkitan.
Tambahan pula, ia akan menambah bahaya hentaman di mana ia menghalang saluran telinga dan boleh menyebabkan rasa sakit, gatal, deringan, kehilangan pendengaran atau bau yang tidak menyenangkan.
Pengerusi American Academy of Otolaryngology, Dr Seth Schwartz berkata, pesakit sering menyangka untuk menghalang pembinaan tahi telinga, mereka perlu membersihkan telinga dengan putik kapas, klip kertas, lilin telinga atau pelbagai lagi peralatan yang tidak masuk akal.
“Masalahnya ialah membuang tahi telinga hanya mewujudkan isu-isu lain kerana tahi telinga akan ditolak ke bawah dan memberi kesan hentaman ke dalam saluran telinga.
“Ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada gegendang dan saluran telinga yang berpotensi membawa kerosakan kekal atau sementara,” katanya dipetik Mail Online.
Dr Seth juga menolak kepercayaan popular yang mengatakan telinga adalah sebahagian penjagaan diri
“Terdapat kecenderungan untuk orang ramai mahu membersihkan telinga mereka kerana percaya tahi telinga adalah petunjuk kotoran. Maklumat yang salah ini membawa kepada tabiat kesihatan telinga yang tidak selamat,” katanya.
Beliau menambah, tahi telinga adalah bahan sebatian normal badan yang dihasilkan untuk membersihkan, melindungi dan ‘minyak’ telinga.
Ia bertindak sebagai agen pembersihan sendiri untuk menjaga kesihatan telinga dengan memerangkap kotoran, debu, dan benda kecil yang melekat pada tahi telinga di mana ia akan menghalang ia masuk ke dalam telinga.
Mengunyah, gerakan rahang dan pertumbuhan kulit pada saluran telinga akan membantu menggerakkan tahi telinga lama dari dalam ke luar telinga di mana ia akan jatuh atau dibersihkan ketika mandi.
Proses normal ini akan berterusan.
Anda mempunyai masalah dalam membuang air besar ?. Mungkin anda mempunyai masalah usus yang mampu membahayakan kesihatan tubuh badan anda. Adakah anda ingin mengetahui penyakit usus ketahui dalam artikel ini (KETAHUI TABIAT MEMBUANG AIR BESAR )