Tips Kesihatan: Ini Antara 7 Khasiat Buah Nenas Yang Baik Buat Wanita


Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai khasiat buah nenas yang terdapat di dalam sebiji buah nenas. Untuk pengetahuan anda semua, disebalik kulitnya yang tajam dan berduri, rupanya buah nenas ini memiliki banyak khasiatnya yang tersendiri khusus buat kaum wanita. Berikut antara 7 khasiat buah nenas yang baik buat wanita.

1. Atasi senggugut & lancarkan haid

Nenas mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan kesihatan wanita. Buah ini dapat membantu wanita terutamanya dalam haid untuk merangsang menstruasi, sekaligus melancarkan perjalanan haid.

Kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah nenas dapat membantu untuk melembutkan rahim, dan juga merupakan enzim yang membantu otot untuk rileks dan dapat membantu ketika menderita sakit senggugut.

2. Membantu menurunkan berat badan

Memakan nenas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambahkan nenas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nenas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

3. Awet muda

Kelebihan nenas adalah mengandungi enzim yang dijadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak. Enzim yang terdapat di dalam nenas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

4. Atasi masalah sembelit & melancarkan proses percernaan

Nenas kaya dengan serat dan ianya amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit, meningkatkan kesihatan saluran pencernaan, serta mengatasi masalah buang air besar yang tidak teratur. Malah kandungan seratnya juga mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon serta dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah.

5. Bantu melindungi tubuh daripada penyakit

Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nenas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber yang sangat baik untuk melindungi tunuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat.

Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh membawa kepada sakit jantung dan strok. Malah amalan memakan nenas juga berkesan untuk menghindari selsema dan meningkatkan imunisasi.

6. Sihatkan mata

Buah nenas mengandungi beta karotena yang baik untuk penglihatan. Kajian menunjukkan amalan memakan nenas boleh melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ianya kaya dengan anti-oksida.

7. Anti keradangan & kuatkan tulang

Nenas juga dikatakan, mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Kelebihan nenas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang. Di samping itu, ia juga mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

Akhir kata:

Buah nenas mempunyai banyak manfaat dan khasiat yang tersendiri khusus buat golongan wanita. Jadi kaum wanita bolehlah amalkan makan nenas selalu.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat