Perjanjian Bersama TLDM, Tentera Laut Filipina
Demi meningkatkan keselamatan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menandatangani perjanjian bersama Tentera Laut Filipina bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) Dagat Laut edisi ketiga yang digunakan dalam Aktiviti Latihan Maritim (MTA) Malphi Laut dan Aktiviti Latihan Peronda Maritim.
Menurut kenyataan dikeluarkan, TLDM memaklumkan antara perkara yang ditamah baik adalah pembaharuan dalam inisiatif latihan maritim seperti simulasi peperangan dan operasi khas.
SOP Dagat Laut mula diperkenalkan pada 23 Mei 1997 merangkumi rujukan yang harus di ikuti merangkumi perancangan serta perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang latihan itu berlangsung seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak termasuklah bantuan pentadbiran serta pakej-pakej MTA.
“Dengan kepesatan perkembangan aktiviti antara kedua-dua pihak, kami mengambil perdekatan untuk menyemak semula kandungan SOP terbabit termasuk format aktiviti yang selama ini tidak terdapat dalam SOP lama,” katanya.
Majlis menandatangani perjanjian itu disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Baharuddin serta rakan sejwatannya dari Filipina, Ronald Joseph Mercado.
Mengulas lanjut katanya, perubahan tersebut telah menukar corak latihan yang dijalankan dengan beberapa penambahbaikan dilihat mampu mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
“Semakan semula ini sememangnya sesuatu yang amat perlu dilakukan terutamanya dalam menambah baik pengoperasian aset secara bersama dan menjalin kerjasama lebih erat antara satu sama lain.