Hanya Disebab Resit Mampu Urus Syarikat


Jika anda pun mahu mula rekod semua jual beli dengan baik,tapi tidak tahu cara urus syarikat boleh mulakan dengan rekod tahun lepas. Ini boleh mendisiplinkan diri anda untuk menjadi pengurusan yang cekap dan teratur.

Kumpulkan semua resit, consigment note, bank statement, bills sebagainya. Asingkan ia mengikut kategori dan sama ada ia melibatkan duit keluar atau duit masuk. Ambil cop tarikh, semak setiap dokumen dan cop tarikh urusniaga pada dokumen itu. Jika tak mahu cop pada dokumen, ambil sticky note dan cop pada sticky note. Jangan lupa stapler sticky note pada dokumen.

Sekarang anda ada dokumen bertarikh mengikut kategori. Dapatkan fail besar dan buat label mengikut bulan Jan – Dec (2015). Masukkan dokumen-dokumen bertarikh tadi mengikut bulan masing-masing. Tarikh yang paling kemudian berada di atas. Maksudnya kita menghadap 31hb, diikuti 30hb dan seterusnya. Bukan sebaliknya. Selepas siap masuk fail, kita akan mendapati dokumen 31 Disember berada di atas sekali.

Buat sampai siap. Selepas selesai, boleh buka bank statement/rekod bookkeeping. Silang semak kewujudan resit bagi setiap transaksi. Bagi urusniaga yang berlangsung namun resitnya hilang, perlu cari idea lain.

Kita akan memerlukan petty cash voucher, payment voucher, salary voucher (jika tidak buat pindahan gaji guna cek, yet), buku resit. Buat sikit-sikit. Kita akan berasa gembira bila melihat fail-fail kita makin kembung dengan dokumen yang tersusun.

Daripada fail consignment note pula, kita boleh cross check database kita. Daripada fail duit keluar, duit masuk, kita nampak aliran duit kita. Kita WAJIB make a move, jika kita bercita-cita mahu menguruskan syarikat yang lebih besar di masa hadapan. Memang kita boleh upah orang buat semua ini, tapi ada bagus juga buat sendiri. Mudahan insaf, langsung menghargai setiap sen rezeki. Saya bercakap atas kapasiti enterprise saiz S.

 

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian. Hubungi Kami Sekarang

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian.
Hubungi Kami Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat