Diraikan Meriah Oleh Umat Islam Seluruh Dunia, Ini 7 Tradisi Unik Sambutan Ramadhan Yang Masih Diteruskan Sehingga Ke Hari Ini


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang cukup istimewa bagi umat Islam. Selain disambut sebagai bulan ibadah, ia juga merupakan bulan yang diraikan dengan cukup meriah bagi segenap umat Islam di dunia.

Di beberapa buah negara, umat Islam setempat turut menandakan kedatangan bulan suci ini dengan pelbagai tradisi meriah serta meriah.

Jom kita kenali beberapa tradisi umat Islam yang untuk setibanya bulan Ramadhan !

Tradisi Unik Sambutan Ramadhan Oleh Umat Islam Seluruh Dunia

1. Upacara Mandi Beramai-ramai di Kepulauan Jawa

sambutan unik bulan ramadhan di indonesia

Bermaksud ‘untuk mandi’ dalam Bahasa Jawa, kebanyakan umat Islam di Kepulauan Jawa akan jalankan tradisi Padusan pada ambang bulan Ramadhan setiap tahun.

Biasanya upacara ini dilihat di sungai atau tasik di mana mereka akan berendam berama-ramai. Adat ini menjadi simbolik bagi penyucian diri di samping mempersiapkan mental serta fizikal bagi menyambut bulan mulia ini.

2. Kejutan Sahur Oleh Nafar di Maghribi

sambutan unik bulan ramadhan

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, tukang kejut sahur yang dikenali sebagai nafar akan berlegar di sekeliling perumahan untuk mengejutkan jiran tetangga untuk bersahur. Yang uniknya, nafar akan menggunakan tiupan trumpet yang nyaring.

3. Paluan Gendang Oleh Muslim Roma di Albania

sambutan unik bulan ramadhan di albania

Merupakan salah satu tradisi unik sambutan Ramadhan di Albania, golongan Muslim Roma di negara tersebut akan memalu lodra iaitu gendang tradisional bagi mengajak keluarga dan rakan terdekat untuk berbuka puasa bersama-sama.

Kumpulan gendang ini juga akan diajak oleh tuan rumah beragama Islam untuk bermain balada tradisional bagi meraikan permulaan berbuka puasa.

4. Permainan Tradisional Muheibes Oleh Kaum Lelaki Iraq

sambutan unik bulan ramadhan

Meskipun tradisi ini hampir dilupakan, ramai kaum lelaki di Iraq mula kembalikan permainan tradisional khas sempena Ramadhan sejak beberapa tahun lepas. Dinamakan Muheibes, ia dimainkan dengan meneka lokasi sebuah cincin tersembunyi di kalangan pemain.

5. Tradisi Membuka Pintu Sebelum Buka Puasa

tradisi unik sambutan ramadhan

Biasanya kita mendengar orang tua selalu berpesan untuk menutup pintu apabila tibanya waktu Maghrib.

Namun, sebaliknya berlaku di Cameroon di mana umat Islam di sana melazimi untuk buka pintu sebelum Maghrib bagi menjemput sesiapa sahaja untuk berbuka puasa bersama.

Berbuka bersama orang yang tidak dikenali pada bulan Ramadhan bukanlah perkara pelik namun diraikan sebagai tradisi indah di negara tersebut.

6. Adat Mengejutkan Orang Sahur Di Turki Menggunakan Gendang

Nampaknya tradisi mengejut orang terdekat sahur bukanlah perkara yang asing. Sudah menjadi tradisi sejak zaman kegemilangan Uthmaniyah, banyak kejiranan di Turki akan melantik seorang pengetuk gendang tradisional iaitu davul setiap kali tibanya bulan Ramadhan untuk mengejutkan jiran tetangga bersahur.

7. Tradisi Gantung Tanglung Berwarna-Warni Di Mesir

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, warga Mesir biasanya akan menggantungkan tanglung berwarna-warni yang dinamakan fanous dan akan dinyalakan pada waktu petang dan malam.

Asal-usul tradisi ini dipercayai bermula semasa pemerintahan Khalifah Al-Muizz li-Din Allah apabila kedatangannya disambut oleh tanglung berwarna-warni suatu ketika dahulu.

Begitulah antara tradisi indah yang masih dilaksanakan di seluruh dunia bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan.

Meskipun tiada kena mengena dengan agama, namun tradisi unik sambutan Ramadhan ini masih diteruskan sebagai adat turun temurun demi menghidupkan lagi suasana bulan suci ini.

Sumber : themuslimvibe.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat