Budak Bijak Menemui Elektrik dalam Pokok Kedondong
Ilmu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Ilmu mengikut Prof Rr. Syed Naquib al Atas “sesuatu yg sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dlm kehidupan”.
Tujuan ilmu adalah untuk dijadikan pedoman dan panduan yg boleh diguna bagi meneruskan kehidupan manusia. Bagi budak cilik berasal daripada Aceh ini, ilmu juga boleh diaplikasi secara fizikal melalui teori-teori yang ada.
Naufal Raziq, pelajar Madrasah Tsanawiyah Negeri 1 Langsa, Aceh, yang mengaku sangat kagum dengan Thomas Alva Edison dan BJ Habibie telah berjaya menghasilkan elektrik daripada pokok kedondong pagar.
Naufal Raziq menceritakan, dia mengetahui akan adanya kandungan elektrik daripada buah-buahan melalui pelajaran Ilmu Pengetahuan Alam (IPA) di sekolahnya. Gurunya menyatakan adanya elektrik dari buah buah yang masam seperti kentang, jeruk dan mangga.
Dia mendapat ilham daripada eksperimen pertamanya mencuba pada kentang. Naufal Raziq bereksperimen lebih jauh hingga berhasil menemukannya pada pokok kedondong pagar. Dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menemukan elektrik dalam pokok kedondong.
“Jadi saya menemukan kedondong pagar ini kerana ianya salah satu buah yang masam, tentu sahaja pohonnya juga mengandung asam. Saya menemukan kedondong pagar ini daripada eksperimen terhadap mangga, belimbing, asam Jawa, sekurang-kurangnya tiga tahun,” tutur Naufal Raziq.
Pohon kedondong pagar, menurut Naufal Raziq, memiliki batang yang besar dan mudah tumbuh dan dianggap mampu lebih cepat menyediakan elektrik.
“Semua bahagian pohon itu ada kegunaanya. Kenapa kedondong pagar yang dipilih kerana ia memiliki batang yang besar, mudah tumbuh, dan jika kita kupaskan kulitnya, ia tidak busuk, malah dapat menyembuhkan dirinya sendiri, recovery,” ungkap Naufal Raziq.
Tembaga dan logam itu dilapisi tisu dan kain yang kemudian ditempalkan ke pohon untuk mengalirkan elektrik.
“Fungsi kain tersebut adalah untuk mengubah asam menjadi elektrik. Setelah dibungkus dengan tisu dengan kain dilipat menjadi satu dan ianya sudah boleh dipasang ke pohon,” ucap Naufal Raziq.
Dari satu pohon kedondong pagar dapat menghasilkan empat buah lubang dan setiap lubang boleh menghasilkan tenaga sebanyak 1 Volt.
Naufal Raziq sendiri memulai penemuannya tentang pohon kedondong pagar itu ketika usianya 12 tahun. Namun, berdasarkan cerita daripada ibu bapanya, dia sudah memiliki bakat tersebut sejak kanak-kanak, seperti mengubah mainan keretanya dan menggunakan dinamo di dalam mainannya, untuk menggerakkan mainannya yang lain. Bakat tersebut dikatakan dari ayahnya yang menceburi bidang elektrik.