HALA TUJU NEGARA: Mengapa Berlaku Pembaziran Tenaga Kerja Profesional? – Daily Rakyat

HALA TUJU NEGARA: Mengapa Berlaku Pembaziran Tenaga Kerja Profesional?

Sumber Rujukan : Facebook/HakimNajili

HALA TUJU NEGARA

1. Ketika ini, kita tidak tahu ke manakah hala tuju negara, sebab tue yang baru2 nak start meniaga, even yg dah lama berniaga pun masih tersangkut utk hanya memulakan dan mengekalkan perniagaan yang berasaskan keperluan sahaja. Memang ada yang berasaskan kehendak tetapi percentagenya kecil.

2. Bukan mahu cerita politik tetapi inilah akibatnya secara mikro apabila kita duduk dalam sebuah kapal yang tidak tahu kemanakah arahnya, apa yang kita buat, hanya sauk peluang depan2 mata shj, yg jauh2 tue kalau tgk guna teropong nampak tapi kapalnya tidak tahu sama ada akan mencapai yang jauh2 itu atau hanya kekal tanpa arah.

3. Antara industri yang berisiko rendah dan insha allah permintaan tidak akan putus, makanan, kesihatan, pakaian dan pendidikan. Pusing2 circle kita, ini sahajalah. Yang industri gergasi dan boleh pergi jauh, mungkin ada orang yang berfikir boleh pergi tapi risau kalau2 tak seiring dengan keperluan logistik. Sy juga tidak terlepas hanya berani bermain2 dalam kampung, itupun rasanya mcm dah cukup besar tetapi pasaran luar lagi berganda2 besar. Mungkin sy masih belum cukup ilmu dan masih hijau.

4. Syabas diucapkan kepada usahawan yang berani terokai industri repair kapal terbang, repair kapal, membuat incinerator, biotechnology, biodiesel, solar, yg ada kilang besi dan kabel serta industri yang mana mungkin permintaan nya kecil dalam negara atau hampir tiada tetapi permintaan di luar negara sangatlah besar.

Image result for hala tuju negara

==============================================================================

PEMBAZIRAN TENAGA PROFESIONAL

1. Adapun, survey ringkas secara tidak rasmi, sebenarnya ramai anak2 muda kita lulusan jurutera dan peguam yang sangat banyak keluar dari profession masing2 dan memulakan perniagaan yang tiada kaitan dengan kelulusan mereka. Bukanlah salah tetapi trend ini adalah satu pembaziran tenaga professional kepada negara.

2. Ibaratnya mcm ini, sy duduk di singapura beli continental car, tetapi hanya boleh bawak sekitar 100km/j sedangkan kereta ini boleh pecut sampai 350km/j. Dan sy terpaksa pergi ke malaysia masuk highway PLUS utk fully optimizekan kebolehan kereta ini untuk beraksi berdasarkan specificationnya.

3. Starting fresh grad gaji RM2500, kalau u orang grad engineering yang tak famous mcm kejuruteraan pelik2 atau kejuruteraan yang dah banyak sgt dalam market, fresh grad gaji RM1800 jer bhai.

4. Dengan adanya teknologi internet yang boleh berniaga di mana2, situasinya begini, seorang undergrad pelajar kejuruteraan awam, boleh buat sehari RM300 dengan jual baju yang lebih mudah gerak kerjanya, tiba2 habis belajar gaji RM1800 sebulan yang mana tanggungjawabnya berat.

5. Dah la begitu, kena kerja pula dengan bos Gen-X yang mana orientasinya “aku bos ko pekerja, apa aku cakap betul, apa ko suggest semua salah”. Lagi lah demotiavated. Tak semua la, berdasarkan pengalaman peribadi. Sapa dapat bos bagus, tahniah.

6. Jadik hotak engineer nie tadi yang mana boleh buat mcm2 perkara yang boleh memajukan syarikat dan negara khususnya telah dilimitkan pada satu tahap yang sangat rendah.

7. Berita baiknya, ada industri yang dulu suam2, tiba2 otak engineer, otak lawyer, otak akauntan masuk, maka revolusi industri yang suam2 ini akan berlakulah kepesatan pembangunan yang di luar jangka.

 

Sebarkan Artikel Ini
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares
  • 2
    Shares

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat