[VIRAL] Vans Asia Custom Culture Competition – Syafeeq Awal
Seni sangat erat kaitannya dengan manusia. Seni juga boleh dianggap sebagai produk atau proses dari manusia itu sendiri. Art is as old as mankind, umur seni sama tuanya dengan peradaban manusia. Seni dikatakan sebagai manifestasi dari kehidupan manusia yang diolah dalam kepala (idea) dan diungkapkan dalam bentuk suatu karya.
Sama juga dengan pemuda ini yang telah menunjukkan bakat seninya dalam suatu pertandingan menghasilkan corak berkaitan dengan Malaysia untuk satu syarikat pembuatan kasut terkenal di dunia, Vans. Ayuh semua rakyat Malaysia! Bantulah anak muda ini meraih sokongan untuk menaikkan nama Malaysia di pentas dunia!
Nama saya Syafeeq Awal. Saya start bergiat dalam seni dari kecil lagi. Saya mula melukis dari kecil sampai lah sekarang. Saya pernah buat design melukis di kedai Jaslyn Cakes di Bangsar. Saya juga pandai buat lukisan di kasut kalau orang ambik tempahan, saya akan buat. Tapi sayangnya kurang sambutan takda siapa tahu sangat. Saya harap seni saya ni boleh pergi jauh orang ramai boleh nampak. Saya pandai melukis tak kisah dari segi aspek apa ataupun doodle. Artistik. Realistik dan macam macam lagi. Saya harap rakyat malaysia boleh bantu saya dan hasil karya seni saya ini.
Ini adalah beberapa contoh lukisan yang telah dibuat olehnya! Sangat berbakat!
Dia juga boleh melukis di telefon tanpa menggunakan stylus!
Ini adalah karya yang telah dia hantar pada pertandingan tersebut.
Semoga kita semua dapat membantu anak muda ini untuk berjaya dalam pertandingan ini dan mengharumkan nama negara kita!
Sila tekan di bawah untuk undi design ini!
http://houseofvansasia.com/art/customculture/gallery/MOXT59705daf73ff5
Ikuti Syafeeq Awal di Instagram: syafeeqawl