9 Sebab Kenapa Saya Tak Gembira Dividend ASB Tahun 2017
Siang tadi PNB buat pengumuman tentang pemberian Dividen dan Bonus kepada Pemegang Unit Amanah Saham Bumiputera.Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Wahid, bekas orang orang kuat Maybank Bhd sebelum ini.
Just nak share, saya adalah antara pelabur ASB dan masih kekalkan pegangan unit dalam ini. Bab tentang ASB harus ketidak,syariah ke tidak saya dah ulas panjang kenapa OK untuk terus kekal simpan dalam ni.
Tetapi bab pemberian dividen ini, pada saya takdalah apa sangat nak digembirakan dengan pengumuman tadi jika 9 perkara berikut diambil:
1. Tiada Kenaikan Dividen
Dividen tahun 2017 ini iaitu 7.25% dikira RENDAH jika dibanding dengan tahun 1990 ketika pelancaran dengan Dividen ketika itu adalah 14% yang merupakan tertinggi dalam sejarah dan tidak ada lagi tertinggi semenjak itu.Trend pemberian dividen adalah dalam aliran menurun semenjak itu sehingga tahun ini. Tiada kenaikan.
2. Pemberian Dividend 2016 Dengan 2017 Sama
Tahun 2016 adalah rekod pemberian dividend paling rendah iaitu 6.75% + Bonus 0.5% menjadikan 7.25% iaitu sama dengan tahun 2017 ini iaitu jumlah 7.25% diberikan. Maka jika ada yang kata Dividen ASB naik tahun ini adalah tidak tepat sama sekali.
3. Pelabur Wang Masa Kini Berbeza Dengan 10 Tahun Dahulu
Sebagai pelabur kena tahu duit yang disimpan hari ini tidak sama sebagaimana kita simpan 10tahun dahulu, Pendek cerita duit yang tuan-tuan belanja RM50 pada tahun 1990an tidak sama dengan belanja RM50 hari ini. Bawalah RM50 hari ni dan anda akan tahu keciknya nilai RM50 hari ni. Semuanya sebab INFLASI.
4. Apa tu inflasi?
Inflasi ni adalah kadar harga barang yang meningkat setiap tahun dan disitulah nilai pengurangan duit yang dipegang. Untuk tahun 2016 dan tahun 2017 ini putara Inflasi adalah 2.5%. Maka kalau ditolak inflasi Pulangan ini hanyalah 5% sahaja.So kalau dikira purata setahun 2% Inflasi, tempoh 27tahun sepatutnya hari ni kena dapat Dividend lebih dari 14% yang diumumkan pada tahun 90an iaitu pada anggaran 20%-30% Dividend.
5. Prestasi Perlu Lebih Baik
ASB diklasifikasikan sebagai pelaburan dalam EKUITI jangka masa panjang, tetapi yang agak pelik adalah PENANDA ARAS yang digunakan adalah KLIBOR -3 MONTH yang pada saya tidaklah begitu tepat untuk dijadikan penanda aras. Sebabnya KLIBOR itu untuk FD walhal pelaburan ASB ini dalam bentuk Ekuiti dan sepatutnya dibandingkan dengan dana unit amanah terbuka seperti public mutual mahupun CIMB wealth yang terang-terang menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sila semak fund fact sheet mereka dan mungkin anda akan terkejut pulangan ada lebih 60% dalam masa 5 tahun.
6. Semakin Outperform Lain-Lain Dana Dan Bukannya Semakin Menurun
Memang benar ASB adalah harga kekal RM1.00 dan boleh dikeluarkan bila-bila masa. Itu kelebihan yang tidak dinafikan, tetapi kenalah perform sikit sebab semakin lama dana semakin besar dan sepatutnya semakin outperform lain-lain dana dan bukannya semakin menurun.
7. Pendedahan Perlu Dibuat Bagi Harga Belian Purata Bagi Saham
Jika dilihat dalam beberapa pelaburan PNB dalam syarikat Oil&Gas, pendedahan perlu dibuat untuk semua unitholder tahu berapakah harga belian purata bagi saham syarikat Sapura Kencana yang harga sahamnya turun dari RM4.50 keparas 75sen.Ikut rekod PNB adalah pemegang saham ke 3 terbesar dengan jumlah saham 672juta unit saham.(Yang dikira bijak,anak Mahathir sebab dah mula jual saham dalam Sapura Kenchana ni seawal tahun 2014 lagi)
8. Apakah Plan Pelaburan Jangka Masa Panjang
PNB juga dilihat sebagai pemegang kedua terbesar dalam UMW-OG yang yang baru sahaja muktamadkan penebusan RIGHT ISSUE sebanyak RM750juta.Apakah justifikasi ini memadai dengan plan pelaburan jangka masa panjang sahaja.
9. Penurunan Dari RM2.00 Sudah Dikira Susut 65%
PNB bukan sahaja ada shares dalam Sapura Kencana. Tetapi ada dalam UMW dan ada juga dalam BUMI ARMADA sebanyak 720Juta unit saham. Tidak tahu berapa harga saham purata belian PNB, tetapi jika dilihat harga sekang 70sen, penurunan dari RM2.00 sudah dikira susut 65%.Boleh tahan banyak juga tu paper loss.
PNB mempunyai dana yang sangat besar untuk membantu masyarakat bumiputera amnya untuk berkembang maju dalam dunia pasaran modal.Dividend yang diperoleh ada kesan domino pada impak ekonomi. Sangat penting,untuk PNB /ASB kekal relevan kepada orang-orang melayu yang bersandarkan kepercayaan tinggi dalam bidang pelaburan terulung negara.
Bukan hanya sekadar cerita harga saham RM1.00 yang kekal ,tiada Front End Load,Dana terbesar negara,Boleh tebus bila-bila masa dijadikan modal untuk bersaing sebaliknya BUKTIKAN dengan DIVIDEN yang lebih TINGGI pada tahun 2018!
Ini hanya pandangan peribadi dan takda kena mengena dengan sesiapa.(Harap jangan kecam dah ler) Yang yang nak labur terus kat saham-saham dan layak terus hadir ke AGM boleh jer bukak akaun CDS saham dan mulakan membina dana pelaburan sendiri.
Yang takda ilmu, ASB masih dikira terbaik dalam darurat!