Ingin Bersedekah Atau Tak Laku ? Netizen Terkejut Susu Nilofa Diagihkan Secara Percuma


Nama selebriti Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen apabila produk keluarannya, Susu Nilofa didakwa tidak laku dan diberikan secara percuma buat kali pertama dalam sejarah.

Video yang tular di TikTok ini menunjukkan keadaan sesak dengan kereta menuju ke gudang susu Nilofa di Klang. Dikhabarkan, orang yang datang boleh mengambil susu Nilofa tanpa had.

Sebuah kereta pacuan empat roda dikhabarkan boleh memuatkan sehingga 200 kotak susu Nilofa tanpa sebarang bayaran! Memang rugi kalau tak ambil banyak-banyak kerana harga anggaran bagi sekotak susu Nilofa adalah sekitar RM 108.

susu nilofa diberikan percuma tanpa had

Kredit Foto : majoriti.com.my

Susu Nilofa Disedekahkan Sebab Tak Laku ?

Video tersebut turut menyebut bahawa Neelofa memberikan produk susunya kepada orang ramai sebagai sedekah.

Namun, berdasarkan tinjauan media sosial, ramai pengguna memberitahu sebab susu tersebut diberikan secara percuma adalah kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.

Selain tarikh luput yang hampir, seorang pengguna Twitter juga berpendapat bahawa susu keluaran Neelofa dirasakan kurang sedap kerana menggunakan perasa sintetik.

susu nilofa dikatakan tak sedap

Pengguna Twitter lain pula menyatakan perkara ini sudah boleh menjangka. Dakwanya, sistem perniagaan susu tersebut juga dikatakan sebagai menganiaya ejen.

Sudah agak dah sebab rakan sekerja saya jual susu Nilofa untung tiga ringgit satu kotak kecik, dalam ada enam jika tidak silap.

Sampai hari ini tidak terjual stok tu, kesian untung sikit sangat hingga tidak balik modal, nak pos orang tidak mahu bayar kos penghantaran. Biarlah tidak kaya daripada menganaiya orang (ejen dan stokis),” kongsinya.

penjualan susu nilofa dikatakan menganiaya ejen

Kredit Foto : Majoriti

Perkara ini turut mendapat perhatian pengguna di TikTok yang memberikan komen berbeza sambil berkongsi pengalaman mengambil susu di gudang yang terletak di Meru, Klang.

Warganet yang ke gudang Susu Nilofa akui terpaksa bersesak di dalam kereta agak lama, kira-kira 2 jam ke 3 jam. Sebaik sahaja tiba, pekerja di sana terus sumbat kereta pengunjung dengan kotak berisi susu sampai penuh.

warganet beratur lama untuk dapatkan susu nilofa percuma

Walaupun pemberian susu ini mendapat pandangan berbeza di kalangan warganet, namun mereka tetap bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan saudara serta jiran terdekat setelah mendapatkan susu yang banyak dari gudang.

“Boleh kita cakap Alhamdulillah daripada mengecam dia punya susu. Sedap atau tidak, abaikan saja. Kalau kau tak suka minum, kenapa pergi ambil?,” komen salah seorang warganet mengenai hal ini.

Setakat ini, pihak Neelofa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai ini.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat