Isteri Pemalas Anak Pun Tak Dimandikan, Layan Korea dan Hindustan Laju! Luahan Hati Seorang Suami

Sumber Rujukan : Kisah Rumah Tangga

PERKAHWINAN merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Malah, berkahwin pada usia muda juga tidak menjadi masalah sekiranya pasangan tersebut telah bersedia dan yakin daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh fasa kehidupan baru. Ramai pasangan yang berkahwin muda kini sedang bahagia menikmati alam perkahwinan masing-masing terutama dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri hidup.

Tetapi bukan pada pasangan ini yang telah ‘salah’ memilih teman hidupnya yang dikatakan ‘sweet’ masa bercinta, tetapi apabila sudah berumahtangga, perangai sebenar telah ditunjukkan oleh perempuan itu.

Ikuti luahan seorang suami yang kini tertekan dengan perangai sebenar isterinya.


Salam admin dan warga KRT. Tolong laaa…tolong. Aku semakin hari semakin bosan dah dgn bini
aku. Kadang-kadang rasa macam nak lari. Aku berusia 26 tahun, isteri aku surirumah, 21 tahun. Kami kahwin muda dan dikurniakan anak lelaki seorang berumur dua tahun. Sejak kami kahwin, kami tinggal di rumah mertua. Mertua yang suruh memandangkan jarak tempat kerja aku dgn rumah mertua 10 minit sahaja. Lagipun ada lah peneman di rumah boleh main-main dengan cucu. Tak lah sunyi.

ISTERI MALAS MANDI!

Isteri aku duduk rumah 1 hari suntuk, aku tak tau la dia selalu buat apa (selain daripada mengadap TV dan phone). Anak jarang dia nak mandikan sebab diri dia sendiri pun malas mandi. Bangun pukul 10-11 pagi, pukul 2-3 petang baru nak mandi. Nak masak pun kadang-kadang ikut mood dia. Banyak kali dah aku balik kerja penat dan lapar, selak tudung saji tengok lauk tengahari punya dah tinggal saki baki. Patutnya dah tau aku selalu balik dalam pukul 6.30-7.00, dia dah boleh prepare untuk masak pukul 6 petang tu.

Tak ada langsung perasaan bersalah tengok aku balik penat dan lapar dan tak ada apa nak makan. Kalau petang mak mertua aku tak ada kelas mengaji, dia lah yang masakkan untuk kami makan malam. Naik segan aku dengan mak mertua. Aku tegur dah isteri aku, jaga makan minum suami tu tanggungjawab isteri, bukan tanggungjawab mak mertua. 2-3 hari sahaja nampak positive, lepas tu kelaut balik. Sekali ketuk, sekali masuk.

ANAK KENCING BERAK PUN LAMBAT NAK BASUH

Masa hari cuti aku di rumah, kalau aku atau mak mertua tak mandikan anak, memamg tak mandi la anak tu sampai esoknya. Kalau anak kencing atau berak pun, dia buat-buat lambat nak pergi basuh. Kalau nak keluar jalan-jalan, dia siapkan diri dia saja pun dah sejam. Aku dengan mandikan anak, siapkan anak, setengah jam saja. Anak kami pun tak rapat dengan ibunya. Dia lebih rapat dengan aku dan neneknya. Kalau tak ada ibunya tak apa. Dia tak kisah pun tapi jangan tak ada neneknya. Boleh mengamuk macam histeria. (Aku sampai pernah terpikir kalau jodoh aku dengan isteri tak panjang, memang aku tak bagi hak penjagaan penuh kat isteri. Harap-harap tak ada la sampai ke situ).

BAJU KOTOR MELONGGOK TAK BASUH

Dua minggu lepas, dia disahkan mengandung. Langsung dia tak mahu pegang periuk kuali untuk masak. Tak mahu kemas, sapu, mop rumah, cuci pinggan, basuh baju… semua dia tak mahu buat. Kalau ada sawang sikit-sikit, dia akan biarkan sampai boleh jadi tempat lepak spiderman dengan tarzan. Kalau bab baju kotor plak, dia punya tinggi menimbun tu dah macam timbunan baju kat sale 70-80% tu. Aku yang penat-penat balik kerja ni lah yang kutip basuh dan sidai baju-baju dia, baju-baju aku dan anak. Aku memang tak benarkan mak mertua basuh baju-baju kami.

BINI YANG KUAT IKUT TREND

Pasal melaram, bershopping, bergaya stylo, haa bagi kat dia. Kuat betul pengaruh cerita-cerita Korea, Instafamous dan tutorial-tutorial makeup. Dia suka sangat pakai jeans slim fit dekat kaki tu, katanya gaya hit terkini. Haaaatok kau lah. Aku yang nak menanggung dosa kau, tau tak? Aku dah banyak kali tegur dia suruh jaga cara pemakaian. Penat dah. Agak-agak dah terlepas ke tak tanggungjawab menegur tu? Aku dah tegur, bukan tak pernah tegur. Siap forward dalam WhatsApp benda-benda baik berkaitan agama termasuk juga cara pemakaian muslimah sebenar. Haramm dia nak ikut. Dia perasan muda lagi, konon macam dia dah confirm akan hidup sampai umur 60 tahun (umur 50 kot baru nak taubat).

Dan yang ni aku malu nak sebut, tapi sebagai nasihat lah ya, sebab dalam Islam benda ni SUNAT. Aku dah tegur dia banyak kali dah. Jangan lah baik hati sangat bela bulu ketiak dan bulu jembut tu. Tak elok. Dalam islam sunat kena cukur semua tu sebab faktor kebersihan. Macam biasa sekali ketuk, sekali masuk. Memang ada ke orang perempuan yang jenis suka membela ni?

NAFKAH DIBERI UNTUK ANAK TAPI BUAT BELI BAJU DAN KOSMETIK

Hahaha…Tak ada selera aku, tau tak. Tolong lah tolong… Duit nafkah dia tiap-tiap bulan aku bagi RM400 untuk dia guna dekat diri dia, tambah beli barang-barang anak dan barang-barang dapur yang kekurangan, tapi 80% duit tu dia habiskan dekat diri dia seorang (beli benda merapu macam kosmetik, vitamin, collagen, baju dan tudung online, dsb). Semak tengok atas meja solek dia tu.

Sampai ada yang dah berabuk. Gaji aku ciput je. Lepas tolak EPF SOCSO tinggal lah RM2100 bersih. Nak bayar kereta, motor, simpanan untuk anak, nak beli barang dapur, nak bagi kat mak ayah aku, bagi kat mertua, bayar bil rumah mertua, petrol, duit makan kat tempat kerja lagi. Mungkin aku akan kurangkan dari RM400 ke RM200 je. Ok ke?

Lagi satu, dia ada penyakit malas nak kerja, sedangkan aku dah izinkan kalau itu dapat membantu ringankan beban aku dan beban mertua. Tapi dia tetap tak mahu kerja. Suka duduk rumah buang masa, melayan drama-drama Korea, Hindustan, Sinetron, dsb. Aku pernah sound dia gurau-gurau, kalau dia buat perangai malas sangat, aku cari madu untuk dia, kahwin satu lagi. Dia buat bodoh, muka tak ada perasaan sebab dia tau gaji aku kecil tak mampu nak kahwin dua.

Bukan nak salahkan takdir kahwin muda. Syukur sangat sebab itu rezeki. Tapi… Hmmm, entah la. Tak tegur salah, dah tegur pun tak jalan. Untuk lelaki-lelaki bujang (mahu pun gadis-gadis bujang) yang nak kahwin muda tu bagus dapat mencegah maksiat. Tapi selidik lah betul-betul pasangan korang dari A-Z. Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga dulu sebelum gatal nak berumahtangga. Jangan kerana sifat hodoh,buruk, busuk korang tu nanti menyusahkan orang lain (tak semua macam ni).


Apa pendapat daripada pembaca sendiri? Penceramah ada mengatakan bahawa 60-70% sifat yang dilihat masa bercinta tu adalah palsu. Kepada pembaca yang ingin berkahwin, siasatlah dahulu latar belakang pasangan tu, bukanlah hanya kerana cinta semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat