Kerana Dendam Si Ibu Pernah Diperkosa, Remaja Lelaki Ini Nekad Tikam Jiran


Ada manusia yang tidak boleh lari dari sifat dendam. Dendam merupakan satu perasaan di amarah yang boleh membuatkan manusia bertindak balas di luar kawalan. Tindak balas tersebut adalah disebabkan ketidakpuasan hati sama ada secara nyata ataupun tidak.

Ada yang berdendam terhadap ahli keluarga sendiri, kawan-kawan bahkan terhadap pasangan hidup. Dendam ini merupakan salah satu sifat yang cukup bahaya dan boleh membawa kemudharatan kepada kedua-dua belah pihak.

Malah ada yang terbunuh dan terkorban dek kerana dendam kesumat ini. Masyarakat kita pada hari ini sanggup melakukan apa sahaja. Bahkan perkara kecil yang mengguris pun disimpan di dalam hati lalu perkara tersebut boleh jadi dendam.

Lebih teruk lagi adalah apabila dendam tersebut membuatkan kita tidak boleh berfikir dengan waras. Mungkin kewarasan itu hilang dek kerana besar dan sakitnya kejadian yang berlaku.

Kerana Dendam Si Ibu Pernah Diperkosa, Remaja Lelaki Ini Nekad Tikam Jiran

Seperti mana kes remaja lelaki dari Indonesia, kerana dendam akhirnya remaja yang berusia 18 tahun tersebut bertindak membunuh jirannya. Tindakannya itu telah menggemparkan seluruh warga Pasuruan, Indonesia.

Remaja lelaki yang dikenali dengan nama Maulud Riyanto ini telah menikam perut jirannya, Yasin Fadhilla berusia 49 tahun bagi melempiaskan kemarahannya dek kerana individu tersebut pernah memperkosa ibunya beberapa tahun yang lalu.

Kemarahan tersebut mula dipendam oleh Maulud selepas ibunya diperkosa ketika dia berusia 12 tahun. Setelah bertahun-tahun menyimpan dendam, Maulud akhirnya nekad menikam jirannya menggunakan sebilah pisau.

Walaubagaimanapun, remaja Sekolah Menengah itu mengaku bersalah setelah ditahan oleh pihak polis. Sewaktu ditanya oleh pihak media, Maulud meluahkan bahawa dia menyimpan dendam tersebut sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Sementara itu, menurut beberapa sumber, Maulud sebelumnya sudah bersiap sedia sebulan yang lepas untuk melakukan perbuatan tersebut. Maulud telah menikam jirannya di bahagian perut sebelah kiri. Dengan keadaan perut dipenuhi dengan darah dan pisau masih berada di perut, remaja lelaki tersebut melarikan diri ke satu tempat.

Mangsa, Yasin Fadhilla sempat mendapat rawatan sebelum meninggal dunia. Manakala, Pengadilan Tinggi Indonesia telah menjatuhkan hukuman 13 tahun penjara kepada Maulud kerana melakukan pembunuhan yang dirancang.

Walaupun Maulud didapati bersalah kerana membunuh, warga Indonesia dan warga maya tetap memberi kata-kata semangat kepada remaja berkenaan. Tidak kurang juga ada yang memuji Maulud kerana tekad memperjuangkan maruah ibunya.

remaja lelaki

“Kenapa tutup muka. Jangan malu dik, kamu telah memperjuangkan maruah ibumu dan keluargamu. Kamu ditangkap bermaruah, bangga dengan awak!”, luah salah seorang warga Indonesia.

Siapa pun kita, selagi masih mempunyai perasaan simpati dan empati dalam diri, pasti akan menyimpan dendam ketika orang tersayang, lebih-lebih lagi ibu kita sendiri dilakukan sedemikian rupa oleh orang luar.

Bertahun lamanya menyimpan dendam, akhirnya mangsa meninggal dunia ditangan Maulud selepas sebulan merancang pembunuhan tersebut. Walau apapun, semoga kedua-dua insan ini dikurniakan keampunan dan keredhaan oleh Allah SWT.

Sumber berita: Jateng

Baca juga: “Berpijaklah Di Bumi Nyata..” Rahsia & Tips Hidup Tenang Selepas Bercerai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat