“Rakyat Malaysia Sudah Bijak..”, DS Dr Shamsul Dakwa Potong Gaji PM Hanya Gimik Politik
Sejak kebelakangan ini, Malaysia yakni tanah air Melayu berada di titik yang agak lemah dalam kestabilan politiknya. Entah di mana silapnya, entah di mana salahnya sehinggakan pelbagai isu politik yang keluar.
Belum termasuk lagi perihal Perdana Menteri yang ditukar beberapa kali dalam tempoh 5 tahun. Belum pernah terjadi lagi perkara sebegini, namun selepas kejatuhan Datuk Seri Najib, pelbagai macam perkara yang berlaku.
Jika sebelum ini, Malaysia sentiasa aman dan jarang berlaku pergolakkan dalam bidang politik, namun kini ia seakan-akan bergerak secara senyap ke arah itu. Pengerusi parti kelihatan seolah-olah berebut untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Rakyat Malaysia Sudah Bijak..”, DS Dr Shamsul Dakwa Potong Gaji PM Hanya Gimik Politik
Berkenaan dengan Perdana Menteri ini, seperti sebelum ini, apabila Pilihan Raya Umum sudah hampir, maka ramai dalam kalangan pengerusi parti akan keluar berkempen secara besar-besaran. Membawa seribu janji dan harapan buat rakyat Malaysia.
Manakala baru-baru ini viral berkenaan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memotong gaji dan elaun Perdana Menteri sekiranya beliau dipilih pada Pilihan Raya Umum yang ke 15 nanti.
Ekoran itu, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN). Beliau mendakwa menerusi hantaran Facebook nya, apa yang diberitahu oleh Datuk Seri Anwar hanyalah gimik politik sahaja. Tindakan tersebut tidak membawa banyak faedah kepada rakyat tidak lagi dimahukan rakyat.
“Tindakan dan gimik politik yang tidak membawa banyak faedah kepada rakyat sudah tidak lagi dimahukan oleh rakyat.”
Menurut Pengarah Komunikasi itu lagi, gaji atau elaun tersebut menjadi hak Perdana Menteri atau Menteri untuk memperolehinya jika tanggungjawab dilaksana dengan baik. Beliau turut berkata, apa yang rakyat mahukan adalah pemimpin yang mampu membawa kestabilan kepada negera serta kemakmuran di masa hadapan.
“Rakyat Malaysia sudah bijak. Apa yang mereka mahu ialah pemimpin yang mampu membawa kestabilan kepada negara. Rakyat mahukan juga kemakmuran demi masa depan mereka.”
Dalam masa yang sama, Dr Shamsul juga menulis, Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir adalah dua watak yang sama yang membawa ketidakstabilan politik dalam negara Malaysia.
“Sejak sekian lama, Anwar dan Dr Mahathir, adalah dua watak yang telah lama membawa ketidakstabilan politik dalam negara ini. Kerana mereka Malaysia mengalami banyak masalah. Isu isu yang melanda negara ini, hampir kebanyakanya melibatkan mereka. ” katanya.
Tidak kira siapa Perdana Menteri Malaysia yang dipilih oleh rakyat selepas ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau siapa pun, semoga ia membawa kebaikan dalam semua aspek dan sudut untuk rakyat Malaysia.
Semoga juga keadaan politik di negara kita berada dalam keadaan lebih stabil dan aman selepas ini. Doakan yang terbaik untuk negara dan tanah air kita.
Kredit: Shamsul Anuar Nasarah
Baca juga: Datuk Seri Anwar Janji Akan Potong Gaji & Elaun Perdana Menteri Jika Beliau Bergelar PM Ke 10