Untuk Berniaga Tiada Jalan Singkat Berjaya


Kisah ini saya ‘repost’ dan edit balik khas untuk bacaan follower baru saya. Tujuannya adalah untuk semangat dan motivasi. Bersabarlah untuk satu-satu tempoh masa. Jangan putus asa. Tiada satu pun sesuatu yang berlaku adalah sia-sia.

Saya mulakan bisnes 9 tahun lepas. 2 tahun bisnes sambil bekerja sebelum berhenti untuk bisnes sepenuh masa. Orang rumah, lepas grad, terus berbisnes. Minat sangat katanya.

Sebelum bisnes, kami berjaya membeli sebuah kereta kenari (sekarang sudah habis bayar) menggunakan nama isteri. Saya sendiri tak boleh beli pada masa tu sebab lekat CCRIS, majikan guna nama saya untuk beli kereta dan gagal membuat pembayaran baik setiap bulan.

berhenti kerja dan mulakan bisnes

Perniagaan pertama adalah kedai ‘topup’. Isteri yang baru lepas grad jaga kedai dari pagi sampai pukul 6.00 petang. Saya balik kerja petang sambung shift pukul 6 petang (kebiasaannya masih memakai baju korporat syarikat) sampai pukul 1.30 pagi. Begitulah rutin harian kami sehingga mampu buka kedai runcit (1 tahun setengah kemudian). Kedai runcit dibuka hasil sedikit keuntungan kedai topup yang dikumpul dalam masa setahun, lebih kurang RM13,000

Bila buka kedai runcit, kami ada pekerja seorang. Isteri dan pekerja jaga shift pagi dan saya masuk shift malam sampai pukul 2.00 pagi. Kedai topup, pekerja saya yang sorang lagi jaga..Sedikit keuntungan dari kedai topup dan kedai runcit, saya buka D’Apple Cafe & Restaurant pada tahun 2009. Kami masak laki bini siang dan malam. Masa ni saya dah berhenti kerja. Masa perit ni pernah isteri sampai 2 kali bersalin, hanya pantang 2 hari terus masuk dapur untuk memasak. Letak ‘baby’ dalam buaian kat tepi. Bukan apa, komitmen sangat besar, laki bini tak ada pendapatan tetap. 6 bulan selepas buka restoran,kedai topup kami tutup sebab tak sempat nak ‘control’. Jualan kedai topup adalah tunai dan ia terdedah kepada penipuan jika tiada sistem rekod yang baik.. sewa kedai RM3,000 sebulan. Gaji pekerja restoran dan kedai runcit hampir RM5,000. Masa tu juga kami jatuh sebab kena ‘spelet’ duit oleh pekerja.

Dari tahun 2007 – 2012 kami buat kiraan sebanyak RM650,000 sudah kami belanjakan untuk sewa, gaji, utiliti dan perbelanjaan untuk perniagaan.(Apa yang menarik tentang kami adalah, kami tak pernah tangguhkan hak pekerja dan hak penyewa. Biar tak makan tapi gaji mesti langsai. Tak ada duit pergi lah cari kat mana-mana. Kami sangat sensitif dengan gaji pekerja)

Tapi kami??

Kami masih pakai kenari. Kami masih menyewa di rumah sewa kecil (450 kaki persegi) yang tak punya bilik. Ada ruang tamu, dapur dan 1 bilik air sahaja. Dengan 6 orang kami anak beranak, kami tak pernah selesa… padat dan merimaskan. Tapi kami tetap bersyukur sebab walaupun rumah kecil tapi selamat. 6 tahun kami menyewa di sana tanpa tv dan radio. (ipad ada).

Kami suami isteri, 3 tahun tak pernah bertukar baju raya. 3 tahun pakai baju sama… Anak-anak? pakai baju murah-murah saja. Janji ada boleh pakai saja. Satu pasang saja setiap orang, yang lain pakai tahun lepas punya.

Gelang, cincin, rantai, anting-anting?? Sekalipun tak pernah singgah di batang tubuh isteri… saya sendiri ? jauh sekali tak ada..

Walaupun sangat tabah, sekali sekala terkeluar juga rungutan dan rintihan dari seorang isteri. Baju hanya sekali sekala membeli. Pernah juga hubungan dengan mertua tergugat sebab anak perempuan mereka (isteri saya la tu) nampak macam papa. Tubuh kurus longlai tak cukup tidur. Isteri pernah jatuh pengsan sebab terlalu keletihan pada hari ketujuh bersalin anak ke – 3. Pengsan , bangun, besok sambung balik sebab masa tu dibelit hutang yang banyak. Berhenti kerja nak niaga nak jadi kaya, tapi ini pulak jadinya.

cara mula bisnes dzulfaqar hashim

Isteri pernah bertanya :

” Sebenarnya untuk apa kita berniaga ni bang?? 5 tahun tak ada apa-apa.. Boleh untung, bayar gaji, bayar sewa, bayar bil, bayar itu dan ini, tiada satu melekat pada diri ”

Saya seperti biasa (mungkin puluhan kali dah waktu tu) memujuk… :

” Sabar ye sayang… siikit lagi.. InshaAllah semua ini akan berakhir ”

Ayat itu diulang-ulang beberapa kali sehingga tahun 2014. Ayat keramat tersebut dengan begitu sabarnya saya ucap dan tiup di telinga isteri dan anak-anak selama 7 TAHUN berkali-berkali tanpa rasa jemu. Saya tampak gagah di hadapan keluarga walaupun tiada siapa yang tahu selalu kesorangan menangis di malam harinya…

Anak-anak sering bertanya mengapa rumah kita kecil? Mengapa dia tiada bilik sedangkan kawan-kawan di sekolah bercerita bahawa mereka ada bilik tidur masing-masing, ada bilik air masing-masing..

saya jawab :

” Sabar anak-anak abah… sikit masa lagi abah akan bagi bilik yang terbesar dan selesa untuk anak-anak abah ”

Pernah isteri mintak izin nak kerja (nak cari extra income) dan saya sendiri pun pernah juga terlintas untuk berniaga sambil bekerja. Tapi selepas berbincang, kami buat keputusan untuk fokus kepada bisnes dan cuba baiki apa yang patut.

20160315194443

Hanya pada akhir tahun 2014 keadaan menjadi semakin baik. Dan selepas 7 tahun berniaga, barulah hasilnya nampak sedikit. Anak – anak dah dapat bilik impian mereka (walaupun tak besar) cuma isteri jer masih belum dapat anting-antingnya.

Pada masa tu barulah kami sedar bahawa disitulah gunanya RM650k yang pernah kami habiskan untuk orang lain yang kami sangka tidak pernah melekat pada diri sendiri.. Kena berhabis dulu baru datang hasilnya selepas satu masa.

Satu komen untuk “Untuk Berniaga Tiada Jalan Singkat Berjaya”

  1. Muhammad Iman says:

    Ya Allah.. Kisah ni memang betul2 memberikan pengajaran Dan nilai murni pada saya. Waktu kawan saya semua sambung degree saya Cuba berniaga konon2 boleh hidup senang waktu mereka masih lagi degree. Dah 13bulan niaga. Spnjang waktu saya simpan suit. Sampai tangungjawab saya kat IBU bapa pon saya tinggalkan smta2 nak simpan suit. Lepas 13 bulan blalu, bila saya kira simpanan saya x sampai pon RM6000. Mana pergi duit yg saya simpan saya tak tahu. Mungkin SBB saya kedekut, jadi Allah kurangkan kat situ. Akhirnya saya fikir bbaloi ke niaga di tngah panas Dan Hujan tp hanya tu saja yg saya dapat. Sekarang saya rasa nak berhenti niaga. Cuma APA yg saya belajar ialah, hutang mesti kita langsaikan dahulu. Saya hutang mak ayah, ptptn pon tangguh bertahun. X kira banyak mana pon duit kita, kalau tak bayar hutang hati xkan tenang. Dan pengajaran terbesar ialah sentiasa bersyukur dngan APA yang Allah bagi. Berniaga bukan untuk kaya tapi untuk cari rezeki. Kaya Allah akan bagi kalau Perlu. Sekarang kawan saya dah nak habis degree, saya pulak hanya ada 6k DLM tngn lepas 13 bulan niaga.Tapi saya syukur SBB ada jgk duit Dari XDA langsung. Lastly, sabar DLM berniaga. Cepat lambat berjaya tu Allah je yg tahu. Ada orang niaga 3 tahun dah senang hidup. Tu rezeki dia, kita tak sama dngan dia. Mungkin lambat atau cepat Dari dia. Yang penting jangan putus ASA. 13 bulan niaga, bnyak pengajaran Dan nilai yg saya dpt bbanding Wang ringgit. Tulah niaga. Tupon kira rezeki jugak betul tak. Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat