Apakah Punca & Cara Untuk Merawat Slipped Disc Pada Tulang Belakang?


Tidak dinafikan rata-rata di kalangan masyarakat, ramai yang menghidap penyakit Slipped disc pada usia muda. Kemungkinan penyakit ini terjadi disebabkan oleh faktor gaya hidup serta jenis rutin aktiviti yang dilakukan setiap hari.

Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang berada di pertengahan disk dan menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah. Ia juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc).

Secara amnya, slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Penyakit ini boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Punca Slipped Disc Pada Tulang Belakang

Biasanya, punca berlaku slipped disc ialah disebabkan wear & tear, iaitu apabila usia makin meningkat, ia akan mengalami kerosakan dan mula bengkak/koyak annulus fibrosus. Masalah ini dipanggil Disc Degeneration.

Semasa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, kandungan air mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel serta akan mula mengecut. Jadi, ia menyebabkan jarak antara vertebra bones semakin rapat. Ini akan meninggikan risiko berlakunya slipped disc.

Walaubagaimanapun, penyakit ini boleh terjadi pada sesiapapun tak kira peringkat usia. Pada usia muda pun ramai yang kena penyakit ini.

Kenapa? Slipped disc terjadi disebabkan oleh beberapa punca seperti berikut;

  1. Perubahan pada disc
  2. Kelemahan otot stabiliti
  3. Postur tidak betul
  4. Trauma/jatuh/kemalangan
  5. Obesiti (berat badan berlebihan memberi tekanan pada disc)
  6. Kerja/selalu melakukan aktiviti yang melibatkan belakang, seperti angkat barang atau membongkok.
  7. Gaya hidup pemalas (sedentary lifesytle)
  8. Selalu memandu, terutama perjalanan jarak jauh. Anda perlu tahu bahawa, duduk terlalu lama semasa memandu & kesan gegeran dari body kereta pada spine juga boleh memberi kesan kepada tulang belakang anda.

Gejala/Tanda

  • Kerap sakit belakang
  • Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang, terutama di kawasan pinggang)
  • Cauda equina syndrome, iaitu kegagalan mengawal air besar atau air kencing

Rawatan

Berikut adalah antara rawatan yang boleh dilakukan;

1. Tak semua kes slipped disc perlu melakukan pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer sebagai bila rasa sakit.

2. Suntikan steroid pada bahagian belakang (epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan (inflammation).

3. Hanya dalam kes-kes tertentu kita perlukan pembedahan. Terdapat banyak jenis pembedahan yang boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, ia perlu membuat pemeriksaan lebih lanjut dan mendapatkan nasihat daripada pakar bedah ortopedik terlebih dahulu.

4. Rawatan alternatif seperti urutan. Mungkin ianya berkesan untuk melegakan kesakitan (temporary). Ini kerana muscle di sekeliling spine yang terlibat akan menegang akibat dari inflammation process.

Perlu diingat, urutan TIDAK akan menyembuhkan slipped disc atau menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.

Apa yang pasti, jagalah kesihatan dan elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat