Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Tidak Setuju Dengan Cara Menteri Besar Johor Mengetepikan Pembangkang
Datuk Osman Sapian ketika ini adalah Setiausaha BERSATU dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama Umno, sebelum digugurkan pada PRU 2013. Beliau menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dari Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Harapan (PH) merampas Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.
Berhubung sama ada beliau akan memberi peruntukan pembangunan kepada ADUN pembangkang, Osman berkata HARAPAN tidak akan memberikannya, sama seperti amalan kerajaan BN dahulu.
“Ini adalah hak kerajaan memerintah. Anda dapat ketika BN (memerintah) dulu?” soalnya kepada Aminolhuda.
Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani menjawab “tidak”.
Kata Osman lagi, “Mengapa kita perlu beri? Ini seperti beri peluru kepada mereka.”
Kenyataan ini mendapat pandangan berbeza dari Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak bersetuju dengan layanan terhadap pembangkang seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Johor. Beliau mengutarakan pandangan ini melalui facebook beliau :
I humbly disagree.
I’ve shared my views with the team.
We will draft a policy on this.For Malaysian democracy to thrive, we need a strong & credible opposition to hold us accountable.
Fund them, not because they are our opponents, but because they are the check&balance.Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Satu komen untuk “Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Tidak Setuju Dengan Cara Menteri Besar Johor Mengetepikan Pembangkang”