Jelajah Pendidikan KPM, Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia 2017
Bagi memastikan semua orang mendapatkan maklumat Kementerian Pendidikan (KPM) 2017 melancarkan Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di 11 lokasi di seluruh negara. Ini adalah platform terbaik untuk masyarakat mendapat maklumat berkaitan pembangunan landskap sistem pendidikan negara.
Ketua Komunikasi Korporat KPM, Hazran Mohamed, berkata melalui kunjungan ke program berkenaan, masyarakat akan di dedahkan dengan usaha dan inisiatif sedang dilaksanakan kerajaan dalam memperkasa dan membangunkan sistem pendidikan di Malaysia.
Katanya, siri jelajah 2017 ini juga adalah kesinambungan program turun padang bertemu pelanggan yang pernah diadakan sebelum ini.
Siri jelajah yang bermula di Kedah pada 24 dan 25 Februari lalu dan Terengganu pada 25 dan 26 Mac lalu mendapat sambutan yang menggalakkan.
JADUAL PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN, KPM 2017
- Pastikan SmarTAG dilet
- Melaka (6-9 April)
- Selangor (22-23 April)
- Johor (15-16 Mei sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan)
- Negeri Sembilan (8-9 Julai)
- Kelantan (28-29 Julai)
- Sabah (26-27 Ogos)
- Sarawak (16-17 September)
- Perak (30 September – 1 Okttober)
- Pahang (14-15 Oktober)
- Pulau Pinang (4-5 N0vember)
Pengisian program membabitkan beberapa kategori termasuk kurikulum dan pentaksiran; guru dan pemimpin sekolah; teknologi pendidikan, pendidikan khas, teknik dan vokasional; aspirasi murid dan buku teks.
Khidmat Kaunseling
“Pada program berkenaan, 35 agensi dan bahagian di bawah KPM akan menyertai program berkenaan yang mana antara pengisian lain termasuk sesi dialog antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan Menteri atau Timbalan Menteri Pendidikan; kaunseling pendidikanl khidmat pelangan (aduan/cadangan) dan pameran pencapaian atau kejayaan pelajar.
“Perkongsian amalan terbaik, persembahan kebudayaan, serta pelbagai pertandingan termasuk kuiz, pidato, tarian, nyanyian, dan mewarna turut diadakan,” katanya.