“Hebat PM!” Menggunakan Bahasa Melayu Ketika Berucap Di New York, Datuk Seri Ismail Sabri Dipuji Ramai


Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia atau Tanah Melayu kita ini merupakan salah satu negara yang diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Franciso, California.

Terdapat beberapa matlamat utama penubuhan PBB ini. Salah satu daripadanya adalah untuk menggelakkan perulangan pertikaian yang hebat. Selepas 65 tahun Tanah Air kita ini diterima, pada 24 September 2022 yang lepas, bahasa Melayu telahpun dimartabatkan di ibu pejabat badan tertinggi dunia.

“Hebat PM!” Menggunakan Bahasa Melayu Ketika Berucap Di New York, Datuk Seri Ismail Sabri Dipuji Ramai

Julung kalinya Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri berucap dalam bahasa Melayu pada hari keempat di perhimpunan Agung PBB UNGA di New York pada 24 September yang lepas.

Lebih menarik lagi, ketika tiba giliran beliau berucap, sesi tersebut di pengerusikan oleh wakil tetap Malaysia di PBB. YAB Datuk Seri Ismail Sabri sewaktu berucap memakai pakaian tradisonal Melayu berwarna hitam dan lengkap bersongkok itu membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga.

datuk seri ismail sabri di PBB

Bukan sahaja dari segi busananya yang menyerlahkan lagi ketampanan beliau namun ucapan yang diutarakan dalam bahasa Melayu itu cukup mengagumkan rakyat Malaysia. Jarang sekali kedengaran bahasa Melayu dituturkan di sidang perhimpunan dunia seperti ini.

Terbaik PM Malaysia..

Ekoran siaran langsung yang diterbitkan oleh Buletin TV3 itu, ramai dalam kalangan warganet, khususnya rakyat Malaysia berasa bangga apabila Perdana Menteri kita tanpa segan silu menggunakan bahasa Melayu untuk berucap.

“Terbaik PM Malaysia. Bahasa Malaysia adalah bahasa Kebangsaan. Kami bangga dapat melihat PM berbahasa Malaysia” – Butt82 mnm

Tidak kurang juga ada yang turut meninggalkan komen menyatakan ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri yang ke 9 ini komprehensif dan antara yang terbaik.

“Sungguh mengagumkan. Ucapan yang komprehensif dan antara yang terbaik. YAB Ismail Sabri merupakan penoreh getah yang berjaya memberi ucapan yang bernas dalam bahasa negara. Tahniah Malaysia” – Arul Das

Malah bukan sahaja warganegara Malaysia, Arif Hidayat yang mana merupakan rakyat Indonesia juga turut meluahkan rasa bangga.

” Salut kepada PM Malaysia menggunakan bahasa malay, bahasa adalah identitas suatu negara. Terbaik. Salam dari Jakarta” 

Sekadar maklumam, YAB Datuk Seri Ismail Sabri mengetuai delegasi Malaysia Sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA77) di New York, Amerika Syarikat itu selama empat hari, bermula 22 September sehingga 25 September 2022.

Penglibatan kedua beliau setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia itu diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.Semoga beliau dan delegasi Malaysia lain selamat pulang ke Tanah Air.

Tahniah dan terima kasih kerana memartabatkan bahasa Melayu di negara luar. Pastinya momen indah ini menjadi salah satu tanda Malaysia sedang selangkah maju ke hadapan.

Kredit video: Buletin TV3

Baca juga: Rakyat Rusia Lari & Cuba Memasuki Wilayah Georgia, Enggan Sertai Percerobohan Ke Atas Ukraine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat