Ziyad Zolkefli Atlet Paralimpik Negara Mencipta Sejarah Di Kejohanan Trek Dan Padang Terbuka Thailand

Sumber Rujukan : Sinar Harian

Muhammad Ziyad Zolkefli atlet paralimpik negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas acara lontar peluru pada Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand di Kompleks Sukan Universiti Thammasat di Bangkok hari ini.

Muhammad Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.07 meter pada lontaran kelima untuk mengatasi dua atlet tuan rumah, yang masing-masing melakukan lontaran 16.80m dan 16.53m untuk memenangi pingat perak dan gangsa.

Muhammad Ziyad turut menewaskan rakan senegara, Adi Aliffuddin Hussin yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Sea Singapura 2015, yang sekadar menduduki tangga keempat dengan lontaran sejauh 15.96m.

Untuk rekod, lontaran dibuat Muhammad Ziyad itu mengatasi catatan pemenang pingat perak Sukan Sea 2015, Chatchawal Polyiam dari Thailand yang melakukan lontaran sejauh 17.05m di temasya berkenaan.

“Alhamdulillah, dapat mengharumkan nama negara sekali lagi di Thailand Open (Terbuka Thailand). Catatan balingan 17.07m di balingan kelima. Syukur tak terhingga,” katanya menerusi akaun Instagram.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada atlet kebangsaan, bekas atlet, penggiat sukan dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan turut serta dalam program dialog berkenaan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat